Monday, May 13, 2013

Sempena Hari Ibu 2013

Assalamualaikum

Salam hari Isnin yang ceria, semoga hari hari mendatang Allah berikan rezeki yang murah, keluarga yang bahagia/sakinah dan hidup yang berkat.

Semalam 12 May 2013 adalah sambutan hari Ibu sedunia, tiap2 hari kita mengingati ibu kita kan tak semestinya masa sambutan hari ibu sahaja. Tak ada yang special cuma bawa anak2 pergi makan chicken/lamb chop kat giant foodcourt dan mama belikan diri mama sendiri sepasang anting2 pearl ni. Bukan sebab sempena hari ibu atau apa, tapi sebab dah lama tak pakai anting2 dan rasanya lubang tindik tu dah nak hampir bercantum..ee sayang nya kalau nak kene tindik sekali lagi kan, so apa kata kita pakaikan dengan subang pearl ni...hehe ngada,,


Mak dah pergi ke alam barzakh sejak September 2005, tapi sejak 1997 mak dah tak berupaya nak jaga diri sendiri, selepas jatuh depan bilik air, mak macam tak sedar. Doktor kata mak ada alzheimer dan mak tak dapat bangun dari tempat tidur. Makan suap berak kencing atas katil aje dan kami upah bibik indon jaga mak sebab masing2 duduk di KL dan ayah tak selesa duduk rumah anak2. Lebih kurang 8 atau 9 tahun dah tak rasa kasih sayang mak sebelum mak hembuskan nafas terakhir pada hari tu. Tahun ni genap 8 tahun arwah mak dah tak ada. Maknanya dah hampir 16 tahun saya hidup tanpa ada mak yang boleh saya bercakap2 dan mengadu. Doa aja lah yang saya dapat hadiahkan buat arwah mak, ayah dan yong. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa mereka yg amat saya sayangi.

Alfatihah.

Thursday, April 18, 2013

Program Saringan Kesihatan PERKESO

Assalamualaikum


Saya masih belum berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan voucher tersebut. Almaklumlah, kalau bab melibatkan alat sulit dan mahkota wanita yang satu itu, saya kena pastikan klinik tersebut hanya mempunyai doktor wanita sahaja.

InsyaAllah, bulan hadapan akan buat pemeriksaan tersebut. Akan saya update pengalaman saya nanti.

Untuk senarai klinik klik sini

Wassalam.


Terapi untuk anak yang lambat cakap atau bercakap telo

Assalamualaikum..

Ustaz Sharhan Shafie dalam Tanyalah Ustaz yang lepas ada memberi tips sedikit untuk kita bacakan pada anak2 yang berumur 4 tahun ke bawah yang masih belum lancar bercakap atau bercakap telo boleh dirawat dengan ayat di bawah ini:-

"WA AKHI KHAARUN HUWA AF SOHU MINNI LISAANA"

Maksud ayat di atas, "Sesungguhnya saudaraku Harun, dia lebih fasih daripadaku dgn kata-katanya (lembut)"

Ayat tersebut dibacakan pada kanak2 tersebut - bila-bila ada kelapangan, baca dengan ikhlas dengan memohon pertolongan dari Allah supaya anak/cucu kita yg lambat cakap atau telo tadi dengan izinNya dapat bercakap dengan betul.

Ayat tersebut diriwayatkan di dalam Al-Quran bersabit dengan kisah Nabi Musa yang sewaktu kecil ketika masih merangkak diuji oleh Firaun memilih bara api atau longgokan emas yg banyak. Baby kalau dah tengok benda bersinar mestilah tertarik ke arah emas berkilauan itu. Dalam perjalanan Nabi Musa merangkak ke arah timbunan emas itu, Allah swt telah mengarahkan Jibrail memesongkan Nabi Musa dan terus merangkak ke arah bara api. Nabi Musa pada ketika itu masih bayi memasukkan bara tersebut ke dalam mulut beliau, lalu lidah beliau cedera/cacat. Oleh itu beliau sukar menutur dengan jelas. Ketika beliau besar, Nabi Harunlah (sepupu) yang telah membantu beliau berkata2 dalam menyampaikan dakwah Nabi Musa.

Sama-samalah kita amalkan ke arah kebaikan.

Rujukan: Tanyalah Ustaz - mukjizat Al-Quran ( tonton.com.my )

Wallahuaklam.