Innalillah..Afham Syahir 1996 - 2010

Sebak hati ni terima berita buruk petang semalam sekitar 6.30 petang, kakda (kakak suami) bgtau sambil nangis teresak2, katanya Afham sedang diberi pernafasan CPR first aid. Aku tak faham apa kakda cakap sebab tak terang, lalu sms ke Lia di PM. Lia balas, Afham lemas kat Pantai Batu Buruk.. astaghfirullah.. tiba2 rasa berat dada ni, tp masih kontrol tak bgtau anak2, esp kakak nak ambil SPM harini, takut dia tension pulak. Huby rush balik dr rumah kakda (sebelum tu huby anta akalil ke rumah kakda - nak tido sana katanya), suruh abang siap brg2 nak balik PM mlm tu, akalil pun ikut sama. Dalam dok kelam kabut tu, huby dpt call, huby terus jerit dari atas, Afham dah tak de lagi dah!!!! Apalagi, aku pun terus menangis teresak2, anak2 semua heran, apasal ma..pasal ma..

Afham, Hasif, Auni, Harith & Asyraf dibawa cetlie ke Primula Hotel untuk bercuti2. Dah kebiasaan kalau cetli kemana-2 mesti bawa anak sedara turut serta sb beliau masih bujang lagi. Kadang-kadang anak2 aku pun ikut sama. Cetli ada pelawa asyad pegi tp bila doctor sahkan abang minor slip disc, ayah dia tak benarkan.

Afham, Hasif & Asyraf ceritanya mandi kat pantai tu, tiba2 arus bawa mereka ke tengah, ketiga2nya lemas tp 2 orang dpt ditarik oleh org ramai cuma afham sj yg tak jumpa, jadi lambat sikit naik ke darat, dia dah lemas, ada org awam cuba bg CPR kat tepi pantai tapi .. itulah, nak jadi sebab, Allah ta'ala sayangkan dia. Baru berumur 14 tahun, pelajar sekolah kubang bemban arwah merupakan seorang pelajar yg berhemah tinggi, berbudi bahasa dan cerdik dari darjah satu markah pelajaran tak pernah kurang dari 90 peratus ke bawah. Arwah ni jenis yg penyayang dan caring especially dgn adik bongsunya auni.

Masih terngiang2 cara dia kalau panggil aku "cikyan"..lembut je suaranya..alahai, longlai seluruh badan ni semalam, sampai anak2 nak makan malam pun jadi lewat, jam 9mlm baru makan, bukan apa, aku dah macam tak daya lagi nak bayangkan keadaan di sana waktu itu, terbayang arwah sedang terkapai2 dalam kelemasan. Ya Allah, beratnya dugaan mu terhadap ibu dan ayahnya. Hati aku sayu, baru2 ni seminggu sebelum Aidil Adha, kami bertemu di rumah cekda, ahmad suka sangat bermain dgn afham, bila afham hilang je, ahmad terus panggil2 nama afham macam ahmad tahu lepas ni dia tak jumpa afham lagi.

Malam tadi, aku jelaskan pada ahmad, abang afham dah meninggal, ikut tok abah jumpa Allah. Ahmad tanya "Allah tu siapa?". Aku cakap kalau kita solat tu kita sujud pada Allah lah, Allah tu tuhan kita. Tau apa ahmad jawab? "Ahmad pun nak ikut Afham & Tok Abah.." Ya Allah berderau kejap darah aku, terus aku peluk Ahmad dan bgtau dia (sambil nangis) mama sayang Ahmad la, jgn cakap cam tu ye... :(

Pagi ni, dapat cakap dgn ibu Afham, ya Allah tak tau nak cakap apa dgn ibu dia, sebaknya masih ada, Zura nangis..ye la, bukan tak dapat terima hakikat tapi semua org masih terkejut! Dalam nada sebak Zura cerita sikit kejadian yg berlaku semalam...selepas tu cakap pulak dgn Lia..semuanya sebak..tak sangka begitu pantas kejadian ni berlaku..sekelip mata..

Zura, tabahkan hatimu, engkau sudah mendidik Afham sebaik-baiknya, pelajar yg pintar, anak yg soleh, dia pergi menemui Allah, didiklah anakmu yg dua orang lagi ini, semoga engkau tabah menghadapi dugaan...amin..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban...

Allahyarham Afham Syahir (baju melayu biru muda - belakang sekali) bersama sepupu2

Comments

  1. innalillahiwainnailaihirojiun.. sampaikan salam kak yong ye.. takziah

    ReplyDelete
  2. dah sampaikan...tq kakyong, sedihnya sampai harini masih terasa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts