Saat Cinta Bersemi

Novel-novel yang ada di pasaran kini tak semestinya untuk anak-anak muda remaja sahaja yang baca, saya makcik-makcik pun suka baca juga tapi tengok susunatur jalan cerita, kalau elok saya layan, kadang2 apabila menghayati, airmata boleh jatuh. Di setiap novel yang saya baca (yg saya minat la), ada satu kepuasan yang tak dapat dirungkaikan dengan kata-kata.

Ok, novel ni saya pinjam dari nora kawan sepejabat sebelum bulan puasa lagi, tapi memandangkan saya ada satu masalah "M" maka buku ni terbiar je atas meja saya sehinggalah ke hari ni. Jadinya, saya nak bawa balik buku ni untuk bacaan hujung minggu saya. U all boleh tengok sinopsis buku ni kat sini.


Disebabkan kekangan kerja rumah di hujung minggu, makanya petang semalam (ahad) baru selesai baca keseluruhan ceritanya. Menarik juga, saya tertarik dengan watak Dhuha yag begitu tabah mengharungi hidupnya, macam biasa cinderella stories...and they lived happily everafter.

Comments

Popular Posts