Azam Baru Tahun 2012

Dah lama yan tak jenguk blog ni, bukan tak rindu, tapi tahap kemalasan menulis tinggi, asyik view aje, baca2 blog orang, ada perasaan nak menulis tapi ku pandang sepi je blog ku ini. Hari ni Sabtu ada training yg Mr Teah bagi on Diamond Leader Workshop yg management pergi organised by ChangeU baru2 ni. Ni kira macam refresher training! Ada sikit2 dari CWA training on how to mange diri sendiri on positif attitude.
So ambil chance sempena 31 Disember 2011 untuk menulis blog!

Ada beberapa sebab kenapa blog ini dibuka pagi ni.

Pertama, pemberitahuan penghijrahan dari pejabat ini. Cukup setakat 3 tahun 8 bulan dan 20 hari bekerja disini, sudah sampai masanya saya undurkan diri, oh! bukan berhenti untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa! Tapi berhijrah ke syarikat yg lebih memerlukan kepakaran teman yg tak seberapa ini. Offer yg diterima bukan kerana kenaikan pangkat atau gaji atau fringe benefit, tapi lebih kepada self satisfaction. Gaji lebih kurang sama sahaja, malah lagi dekat dgn rumah! boleh jalan kaki je..hihi.. Bila sudah berumur begini, ketenangan fikiran lebih penting dari segala, peruntukan masa untuk anak2 yg lebih, tak perlu sesak minda dgn menempuhi traffic jem, dan yang penting restu suami! Tapi penghijrahan ini juga bermakna, kerja part time CWA mesti buat dgn bersungguh, itupun dgn greenlight suami juga! Semoga rezeki kami akan bertambah buat anak2 yg tercinta.

Kedua, anak bongsu akan menempuh tahun 2012 sebagai seorang pelajar tadika, umur blum capai 5 tahun (April), semoga menjadi anak yang pintar dan soleh. Jangan nangis masa mama tinggalkan kamu di tadika sudah ye nak!

Ketiga, 2 anak yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading pada tahun ini. Kakak & Abang. Kakak Matriks sekarang, bulan September nanti insyaAllah ke U. Abang for sure tak masuk matriks, terus ambil diploma dahulu, sebab bidang yg satu itu yg dia minat (tak boleh bgtau sblm dapat!). Semoga doaku makbul untuk kesemua anak2 ku.

Keempat, pemilihan kerja yg dekat dgn rumah akan mengurangkan sedikit stress bekerja, preparation untuk pelajaran anak2 jadi agenda utama. Yg Form 2 dan Drjh 5 tu perlukan perhatian lebih, tusyen dirumah akan berjalan seperti biasa bermula Januari nanti. Semoga Allah beriku kekuatan, amin...

Kelima, Tahun 2012 merupakan tahun ke20 berumahtangga dgn suami. Lama kan, macamana kami bertahan? Allah maha mengetahui, biarlah menjadi rahsia kami berdua sahaja, lidah tergigit.. sakit, TST! Hihi.. luv u abang! Semoga rumahtangga kita utuh hari ke hari!

Keenam, moga2 datangnya 2012 ini dgn harapan Allah bukakan lebih pintu rezeki untuk kami sekeluarga, tak kiralah dari mana datangnya rezeki itu asalkan halalan toyyibah!

Ketujuh, memperbanyakkan ibadah kepada Allah, akan sentiasa istiqamah dan perbaiki diri sendiri dari hari ke hari, punya positif attitude dan maju berusaha untuk mencapai yang terbaik dari segi ugama mahupun keluarga dan kerjaya, mohon semuanya dapat diseimbangkan InsyaAllah! Amin!

Setakat tulisan ini hanya ini je yg terfikir, mungkin dari masa ke semasa akan bertambah wish list di atas!

Sampai jumpa lagi tahun depan!


Comments

Popular Posts