Cuti-Cuti KL Je..

Assalamualikum,

Alhamdulilah dapat lunaskan janji pada anak2 cuti sekolah ni dapat bawa jalan-jalan (KL sudahla), maka kami berlima pun berangkatlah ke Taman Burung KL kerana rasanya dah hampir 9 tahun tak pergi sana.

Memang berbeza sungguh, burung bangau dan merak makin membiak, kalau 9 tahun yang lepas nak tengok burung merak kene cari betul2. Sekarang ni, boleh jumpa Bangau/Merak bersepah sana sini. Ada juga yang jinak, enhuby dapat usap2 badan seekor merak, she was really beautiful. Then enhuby try nak pegang seekor bangau ni, nampak macam jinak but at the end, she peck enhuby's hand, berdarah la jugak!

Yang tak best tu kami lupa bawa kamera and my camera pun bateri kiok, boleh layan beberapa gambar je.
kera liar dok bergayut kat luar bird park ni

the three siblings (gambar tak elok sgt)

cantik burung tu warna warni


bangau ni la yg patuk tangan enhuby tu!

yg ni kedekut nak buka sayap dia..geram seh!




hehe me & my daughter ketuk2 jaring tu nak suruh owl ni buka mata dia..jahat kan!

Okay, puas hati la overall kan, yang penting mama punya lemak dah terbakar berapa kalori ntah. Hehe..

Comments

Popular Posts