Terapi untuk anak yang lambat cakap atau bercakap telo

Assalamualaikum..

Ustaz Sharhan Shafie dalam Tanyalah Ustaz yang lepas ada memberi tips sedikit untuk kita bacakan pada anak2 yang berumur 4 tahun ke bawah yang masih belum lancar bercakap atau bercakap telo boleh dirawat dengan ayat di bawah ini:-

"WA AKHI KHAARUN HUWA AF SOHU MINNI LISAANA"

Maksud ayat di atas, "Sesungguhnya saudaraku Harun, dia lebih fasih daripadaku dgn kata-katanya (lembut)"

Ayat tersebut dibacakan pada kanak2 tersebut - bila-bila ada kelapangan, baca dengan ikhlas dengan memohon pertolongan dari Allah supaya anak/cucu kita yg lambat cakap atau telo tadi dengan izinNya dapat bercakap dengan betul.

Ayat tersebut diriwayatkan di dalam Al-Quran bersabit dengan kisah Nabi Musa yang sewaktu kecil ketika masih merangkak diuji oleh Firaun memilih bara api atau longgokan emas yg banyak. Baby kalau dah tengok benda bersinar mestilah tertarik ke arah emas berkilauan itu. Dalam perjalanan Nabi Musa merangkak ke arah timbunan emas itu, Allah swt telah mengarahkan Jibrail memesongkan Nabi Musa dan terus merangkak ke arah bara api. Nabi Musa pada ketika itu masih bayi memasukkan bara tersebut ke dalam mulut beliau, lalu lidah beliau cedera/cacat. Oleh itu beliau sukar menutur dengan jelas. Ketika beliau besar, Nabi Harunlah (sepupu) yang telah membantu beliau berkata2 dalam menyampaikan dakwah Nabi Musa.

Sama-samalah kita amalkan ke arah kebaikan.

Rujukan: Tanyalah Ustaz - mukjizat Al-Quran ( tonton.com.my )

Wallahuaklam.

Comments

  1. Assalamualaikum sy ibu kepada Anak ssh nk bertutur dgn lancar,dqn baik .sedih sy kerana Org ketawakan & sukar fhm ape Dia ckp.tambah Dia aktif ssh kawal sampai Org asing kan Dia dan xbg pergi mne aktiviti sekolah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sy ibu kepada Anak ssh nk bertutur dgn lancar,dqn baik .sedih sy kerana Org ketawakan & sukar fhm ape Dia ckp.tambah Dia aktif ssh kawal sampai Org asing kan Dia dan xbg pergi mne aktiviti sekolah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts