Akhir Tahun 2013
Assalamualaikum...
Sudah hampir ke penghujung tahun. Sesungguhnya banyak hal suka/duka berlaku sepanjang tahun 2013. Allah sahaja yang ampunkan kekhilafan kita sebagai hamba yang sering lalai/lupa atas perintahNya. Dan semoga segala ibadah kami diterima olehMu Ya Allah Ya Karim.
Terlalu banyak aktiviti yang berlaku sepanjang November dan December yang belum sempat nak dimasukkan dalam blog kecil ini. Namun saya amat menghargai setiap rakan maya yang membaca penulisan saya. Mungkin...gaya penulisan akan berubah di masa akan datang sesuai dengan pertambahan usia penulis itu sendiri..wallahuaklam
Dari keputusan UPSR cemerlang sehingga keputusan PMR yang sederhana cemerlang - amatlah sesuai dengan kebolehan/keupayaan anak2 itu sendiri alhamdulillah...
Tidak mahu takbur dan riak, penulisan yang berkisar tentang keluarga dan diri sendiri hanyalah untuk meraikan usaha keras keluarga kami bagi tatapan anak2 dimasa akan datang, ya mereka tahu password saya, tiada rahsia....
InsyaAllah akan terus rajin menulis blog, inilah DIARI kehidupan dunia saya, bukanlah 100% hendak diwar-warkan, sekadar berkongsi rasa/petua dan sebagainya untuk manfaat bersama.
Tiada azam baru untuk 2014 kerana telah dibuat sewaktu menyambut Maal Hijrah 1435 baru-baru ini. Saya amalkan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Doa munajat hanya padaMu Ya Allah. Apa azam dan cita-cita hanya kuserahkan padaMu untuk menentukannya. Apa yang terbaik maka itulah yang akan kuterima, apa yang tidak maka akan kuperbaiki diriku untuk menjadi yang lebih baik.
Semoga citacitaku yang satu ini tercapai dengan izinMu Ya Allah!
Comments
Post a Comment