Catuan Air Selangor Tamat & PABKL 2014

Assalamualaikum

Catuan air di Selangor tamat semalam 01/05/2014, dah kebetulan cuti hari buruh (tapi bukan buruh surirumahtangga ye!) maka agenda mencuci rumah besar2pun bermula. Habis lantai dapur disental, sinki di berus buang daki/kotoran, bekas2 air besar yg dah kosong di isi semula dgn air (tak tahu la kut2 MB buat balik catuan kan - stdby je la), re-arrange tempat budak kecik tu study, kemas buku2 mana yg tak guna dah, kutip semua baju yg bersepah utk digosok gantung dengan penyakut dan masuk dlm almari - haha pemalas betul nak gosok! Huisshh banyak sungguh keje ngemas ni..then rehat kejap solat zuhur terus cabut ke PWTC pergi PABKL 2014. Allah ya Allah, mengemas rumah itupun merupakan aktiviti bersenam, sambil mengemas terfikir, kalaulah aku ni tak sempurna anggota badan, mampukah aku menjaga rumahtanggaku sebegini? MasyaAllah.

Sampai PWTC LRT, adoiyyaaiii..ramainya manusia, nak keluar dr stesen LRT itupun kena berhimpit. Mesti diaorg ni dah pergi dari pagi tadi, kitaorang sampai pun dah jam 2.30 petang. Juga terdetik dihati, dihimpit orang sebegini pun aku sudah merasa sesak nafas, panas, terhenti sekejap2 perjalanan kaki, bagaimana pula ye ketika aku di padang mahsyar nanti? Mampukah aku menuggu giliran aku bertahun2 lamanya? MasyaAllah.

Sesampai aje kami di PWTC terus grab buku anak2 dulu apalagi kalau tak Buku Ikhtiar Hidup keluaran Gempak Starz, Buku Cross Word Puzzle, Buku Animasi Kartun Anak Rusa Nani utk sikecik lepas tu buku mamanya pula Penulis Prof Kamil - Bersamamu Di Firdaus - yg akhirnya dpt juga jumpa Prof dan Wife berdepan2, tak beli buku Pn Roha lagi, mungkin budget bulan depan. Rezeki Allah ketemukan saya dgn mereka yg telah Allah bagi hidayah utk berubah ke arah kebaikan dan seterusnya mengajak seluruh umat manusia bersama2 berubah juga. Saya tidak dapat tunggu bedah buku sebab yg kecik tu dah merengek nak keluar, katanya tempat ni asik bukuuu ajerrr. Best sangat jumpa Pn Roza, manis aje orangnya, muka pun bercahaya..bersih! MasyaAllah Tabarokallah, semoga keluarga mereka dilimpahi rahmat dari Allah. Semoga apa yang mereka catatkan dalam buku mereka dapat memberi hidayah pada orang yg membacanya..aminn..

Bersama Prof Kamil dan Pn Roza

Si kecik dah letih..bersila aje la baca buku

Dok atas teksi nak ke SOGO pulak 

Pergi SOGO rupanya ada tawaran harga murah pulak, hajat nak cari kasut utk Tisya tp semuanya macam pesyen orang tua kata dia. Macam2. Lepas Asar kami terus balik naik LRT ke Sentul Timur di mana kami letak kereta kat situ. Sampai Gombak dah hampir jam 6.45 petang, singah di kedai makan pekena Yee Mee kat Adam Lai - Mood masak memang la tak ade langsung kerana disebabkan catuan air saya tak suka menyimpan bahan2 mentah dalam peti ais saya.

Yee Mee Kungfu Style - Adam Lai
(Kongsi 3 org - kami memang makan sikit!)

Frankly..walaupun banyak sungguh aktiviti hari ini, tapi badan OK aje, dah dua hari telan Jus Mutiara Kasih, terasa la juga lebihan tenaga, tidak la macam orang monyok aje. Nanti saya promosi next entry - Jus Mutiara Kaseh ni. Begitupun, syukur ke hadrat Allah kerana memberi kekuatan kudrat melayan kehendak naluri manusia biasa seperti saya ini..aminn.




Comments

Popular Posts