4.5 Series

Assalamualaikum


Mercedes-Benz 4.5
Warnanya pun Kuning Susu gitu, cantik walaupun 4.5 series, makin berusia maka ianya perlu dijaga rapi, dikilat, kalau rosak dibaiki, maintenance kena tip top, saya bukan pakar bab kereta, tapi bila dah lama bawa kereta ni serba sedikit kena la ambil tahu jugak, walupun cik abang yg uruskan semua.

Umur pun dah meningkat 4.5 series, tua dah kan, anak pun dah melepasi remaja, dah masuk awal adolescence, tak lama lagi mungkin dapat menantu dan timang cucu. Pesan Tok Guru..nenek2 jangan dok sibuk nak bela cucu, biar makpak dia yang uruskan, masa kita tinggal sedikit lagi untuk beribadat.

Kalau dgn kuliah HjLah setiap kali diingatkan tentang kewajiban menunaikan solat Qada, biarlah sampai lenguh pun, tak larat berdiri lama ambil kerusi solat qada sambil duduk. Pesannya dia tak mahu anak muridnya nanti disoal jawab di akhirat dgn Allah, dia dah remind banyak kali sungguh! Allah ya Allah...berapa banyak lagi masa yang Engkau izinkan untukku berada di dunia fana ini, cukupkah bekalanku nanti?

Jemaah menyoal - Bagaimanakah mendapat kyusuk di dalam solat? Soalan dijawab soalan perkara biasa dalam kelas kami..hihi kadang2 keliru dgn jawapan, dah kena marah dgn ustaz..kann..sapa suruh..dah tua baru nak masuk kelas ngaji..ketinggalan sungguh!

Jawapan khusyuk dalam solat oleh HjLah- akan diterangkan next N3! Tunggula ye..

Comments

Popular Posts