IUCD atau Pils
Assalamualaikum..
"Birth Control" antara lain bertujuan menjarakkan anak atau masalah kesihatan ibu itu sendiri. Niat perlu betul dari mula. Setakat niat tak cukup rezeki itu dah jatuh dosa....
Anak sulung saya dah berumur 21 tahun dan kedua 20 tahun. Saya mengalami "threatened abortion" semasa mengandungkan anak kedua dahulu. Mungkin disebabkan jarak kehamilan yang terlalu dekat - salah satu faktor yang doktor berikan Telah dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana rahim tidak kuat serta uri berhampiran dengan pintu rahim maka pendarahan berlaku beberapa kali sepanjang kehamilan. Dimasukkan dalam Hospital Pantai dan Hospital Subang Medical Center beberapa kali.
Oleh itu untuk menjarakkan kehamilan dan supaya rahim kita kembali kuat amalan pemakaian IUCD dipraktikkan selama 4 tahun. sempatlah anak pertama dan kedua membesar dengan sempurna. Agaknya saya ni subur, selepas IUCD dibuka pada tahun keempat, beberapa bulan kemudian saya mengandung untuk kali ketiga, kali ini masalah uri melekat pula, pun menakutkan saya kerana prosedur Dato' Doktor Siti mengeluarkan cebisan uri yang terkoyak dalam rahim amat mengilukan. Walaupun diletak bius tapi masih terasa tangan beliau mengorek uri dalam rahim saya!
Diteruskan dengan pemakaian IUCD selama 3 tahun dan disahkan hamil sejurus ianya dibuka beberapa bulan. Subur betul! Kali ini kes uri melekat sekali lagi terpaksa dihadapi. Saya bersalin di Hospital Kota Bharu Medical Centre kerana mengikut suami bertugas di sana. Anak keempat saya terlilit tali uri (leher) tapi hanya satu lilitan dan dengan kuasa Allah doktor berjaya melonggarkan ikatan uri tersebut dan beliau selamat dilahirkan. Sekali lagi saya trauma.
Sepanjang lima tahun saya memakai IUCD dan setahun mengamalkan pill Mercilon, saya disahkan mengandung kali kelima pada jarak umur anak keempat dan kelima ini enam tahun. Silapnya saya tak mengikut jadual pemakanan pil itu sendiri akibat terleka. Kali ini saya mengambil langkah berjaga2, memohon Allah menguatkan diri saya dengan kehamilan ini dan bersolat hajat serta tahajud agar kejadian uri melekat tidak berlaku. Berkat doa dari air selusuh yang Ustaz Hj Lah Patani bagi Alhamdulillah kali ini proses berjalan lancar.
Tapi....
Saya kehilangan 1.8L darah ketika bersalin, mungkin disebabkan banyak faktor antaranya bersalin pada umur 38 serta kencing manis sementara ketika mengandung juga kehamilan yang banyak sebelum ini. Justeru saya nekad dgn pemakaian IUCD dan selepas 5 tahun saya bertukar kepada pil sehingga sekarang.
Kehamilan MUNGKIN akan berlaku lagi sekiranya saya tidak mengamalkan kaedah "Birth Control" dan pada usia menghampiri setengah abad memang saya tak mampu hamil lagi. Faktor kesihatan tidak menggalakkan saya hamil. Pernah dahulu saya mengambil suntikan tetapi masalah haid tidak teratur menyukarkan kita untuk beribadat, proses haid mengambil masa yang terlalu panjang sekitar 11-15 hari. Saya sedang terfikir mengikut nasihat dari LPPKN supaya saya memakai semula IUCD kerana pemakanan pil mungkin menggalakkan pertambahan toxic pada diri saya. Dan saya cukup ngeri nak masukkan besi (implan) dalam lengan saya sebab pernah kawan saya mengalami kejang yang serius - tak kira disebabkan oleh apa faktor sekalipun!
ooohh..tak perlulah nak suruh partner guna sesuatu..ianya takkan menjadi..hehehe

Comments
Post a Comment