Welcome Back!

Assalamualaikum..

Apa ye, dah lama tak menulis, tangan jadi kaku seketika, sungguh! Banyak memory suka duka dalam dua tahun tak menulis di sini. Apakan daya kekangan juga kesibukan tugas hakiki menuntut kelapangan masa yang singkat. Allahu! Liku-liku hidup ini memang mencabar sangat.

Umur semakin dewasa. Tatkala kematian amat menghampiri, terasa diri ini serba serbi kekurangan dari segi ibadah kepadaNya. Allahu. Terkedu. Hampiri 50, di mana kematangan dalam pemikiran semakin memuncak, segala perlakuan harus disemak dengan hati-hati, segala percakapan melalui tinta atau keyboard perlu disesuaikan dengan umur yang matang ini.

Semoga Allah permudahkan penulisan ini agar diteladani dengan santun pada sesiapa yang sudi. Jauh sekali untuk memperbaharui atau membuat blog yang baru kerana inilah memory yang perlu disimpan supaya menjadi peneman di kala pencen nanti. InshaaAllah!

Comments

Popular Posts