Pages

Tuesday, September 10, 2013

Kerja Laundry Makin Mudah Dengan Dobi Layan Diri 24 Jam

Assalamualaikum....

Kali ni nak cerita tentang dobi layan diri. Masa kecil2 dulu kita dok tengok dalam TV je orang luar negara basuh baju/kering baju kat sini. Sekarang ni dah ada kat Malaysia - Dobi Layan Diri - Buka 24 jam sehari pulak tu.

Kedai Dobi PAPA ni dah buka hampir 6 bulan tapi baru kali ni berkesempatan nak pergi cuba, hehe dengan alasan - baju tak kering sebab cuaca lembab asik hujan sepanjang hari... Anak ramai la, tu sebab 3 kali pusingan mesin basuh sehari tau...Lain la dengan sister I yang duduk kat Oakleaf Park, ada mesin pengering sendiri!

Kedai ni (mengikut kata supervisor yang kebetulan ada kat situ) hanya dikawal oleh CCTV sepenuhnya! Sekiranya berlaku kerosakan, supervisor ini akan buat rondaan di kedai ini dan juga cawangan yang lain..boleh tengok kat facebook dia kat sini.

Tapi ada satu cerita yang tak enak nak dengar la..ada juga parents yang suba mengusik anak mereka dengan memasukkan mereka dalam mesin pengering (haduish!!!!) Hal ini pihak pengurusan ambil tindakan dengan membuat laporan polis melalui CCTV tersebut untuk menunjukkan yang mereka tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan tersebut.

Tempat ini juga menyediakan perkhidmatan WIFI untuk pengguna yang menggunakan perkhidmatan DOBI PAPA ini. Pada pengamatan saya, ramai juga pelanggan yang datang ke mari tak kira usia serta kaum. Kat bawah ni beberapa pic sy ambil untuk hilangkan rasa boring sewaktu menunggu cucian saya kering. Balik terus lipat - hehe


Kedai Dobi cuci sendiri 24 Jam
Mesin Pengering @ RM4.00 untuk 24 minit
Cucian muatan 14 KG
Cucian muatan 10 KG
Ada aje yang nak menempek...
Mesin tukar duit syiling pun ada

12 comments:

  1. as salam blh saya tahu kat mana blh dptkan mesin tukar duit tu? saya berminat nak beli

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam..Tak sure Putera Hadi..boleh google la kut..

    ReplyDelete
  3. Kedai ni area mana ya

    ReplyDelete
  4. Ini kat Gombak..sila google Dobi Papa

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Haa ni tokeh dobi..kalau free jawab pertanyaan encik shahrul..

      Delete
  6. Replies
    1. Dekat Taman Sri Gombak depan Gombak Medical Centre

      Delete
  7. boleh tahu kos utk buat bisnes nie buget nie brpe

    ReplyDelete
  8. boleh tahu kos utk buat bisnes nie buget nie brpe

    ReplyDelete
  9. Ada satu lagi dobi layan diri di Gombak Permai dibuka. Sebelah Klinik 1 Malaysia. Dobi Clean4u laundry.

    ReplyDelete