Pages

Tuesday, October 1, 2013

Amalan KEtika Anak Berada Dalam Dewan Peperiksaan

Assalamualaikum,

Berikut adalah petikan beberapa ilmu yang dikutip melalui FB oleh beberapa orang ustaz terkenal:

Ibubapa boleh turuti beberapa perkara berikut:

1. Berpuasa sunat di hari anak2 mengambil peperiksaan, sebab doa ibubapa yang berpuasa amat makbul.

2. Lakukan solat taubat dan solat hajat serta mohon agar anak tenang dan dapat jawab semua soalan dengan cemerlang.

3. Baca Al-Quran dan hadiahkan pahala kepada si anak agar hatinya tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang.

4. Lakukan solat Dhuha dan doakan anak.

5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim dan hadiahkan pahala untuk anak.

6, Berterusan berzikir dan berdoa.

7. Hantar gelombang positif kepada anak. Bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

8. Benar2 bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya.

Semoga Allah perkenankan semua doa ibubapa yang soleh.

Ameen...


No comments:

Post a Comment