Pages

Wednesday, January 22, 2014

Tip Hilangkan Bau Badan

Assalamualaikum

Pernah tak anda berdepan dengan situasi berada di samping seseorang terutamanya wanita yang mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan? Haha..tentu merimaskan bukan?

Wahai para ibu, tolonglah titik beratkan penjagaan kebersihan di kalangan anak-anak kita, bukannya apa jangan sampai orang lain menegur anak-anak kita berbau badannya. Didiklah kebersihan dari rumah!

Bau badan dari segi istilah perubatan ialah bromhidosis dan ianya normal bagi setiap orang. Tetapi kita perlu mengetahui atau kaedah untuk mengelakkan bau badan tersebut menjadi semakin kuat samada dari segi pemakanan kena jaga atau dari segi pencegahan/kebersihan setiap individu.

Ada banyak sebab musabab dari segi perubatan yang menyebabkan berlakunya bau badan tapi kat sini nak bagitau tip penjagaan supaya under arm kita tak berbau atau sekurang-kurangnya dapat kurangkan bau sedikit.

1. Mandi menggunakan sabun anti bakteria
2. Tumpukan bahagian yang paling banyak berpeluh seperti ketiak dan kaki, tingkatkan kebersihan disitu.
3. Keringkan dengan sempurna bahagian kaki dan ketiak.
4. Tukar setokin setiap hari atau apabila lembab.
5. Guna produk antieluh sebelum tidur.
6. Kurangkan makanan berempah seperti kari, bawang putih/merah.
7. Kurangkan pengambilan kafein serta alkohol.
8. Basuh baju yg mempunyai kesan peluh dengan bersih supaya bakteria tidak terkumpul disitu.
9. Cukur bulu ketiak dengan kerap untuk mengelakkan bakteria.
10. Guna pakaian dari fabrik seperti kapas supaya kulit dapat bernafas sempurna.

Tips dia tas dikutip dari Fokus Sihat Mingguan Utusan bertarikh 03/11/2013.

Harap dapat membantu anda.

No comments:

Post a Comment