Pages

Friday, February 14, 2014

Jumaat Yang Barokah/Valentine/LHDN

Assalamualaikum,

Salam Jumaat 14/2/2014. Bukan, bukan saya nak war-warkan hari ni hari Valentine..ooohhh tidakkk...maybe sekejap masa bercinta di zaman jahiliyah dahulu ada la, otak cetek tak tahu valentine tu apa, orang celeb kita pun celeb, main ikut je budaya barat, tapi takde la ikut sangat cuma bagi bunga Ros sekuntum/kad I Love You dan diner dgn cik abang masa bertunang dolu2..hehe..takde maknanya pun nak pakai baju cupid bodoh tu!

Selesai Solat Dhuha pagi Jumaat ni, kopi dah tersedia atas meja untuk memulakan kerja. Alhamdulillah rezeki semakin baik. InsyaAllah, Allah akan gantikan setiap pengorbanan yang dilakukan untuk keluarga kita, amiinnn...



Persiapan untuk menyambut LHDN Audit semakin galak, cuba tengok atas lantai tu, berterabur cantik je untuk difilingkan. Ini tahun 2010 dan 2011 file yang dibawa dari Kuantan. Almaklumlah saya ni kan rajin (angkat bakul sikit tak pa ye) maka bos-bos semua serahkan bulat2 untuk dibuat pengemaskinian data.


InsyaAllah minggu depan akan busy sikit, berdebar2 pun ada takut filing tak cukup bukti.

Apa-2 pun saya berserah pada Allah untuk dimudahkan urusan ini.

No comments:

Post a Comment