Bulan March Yang Sibuk

Assalamualaikum

Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang bulan March 2014.

Kerja - tidak kurang sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti audit dari LHDN, kemaskini fail2 yg telah lama terpendam (aduss).

Keluarga - part ni yg best nak cerita, macam2 hal yg berlaku, cuti sekolah lagi, sibuk memanjang dengan anak2. 

Tapi syukur ke hadrat Allah kerana Abang dan Nyah selamat pergi dan kembali dari tanah suci Mekah, tertunai sudah hajat abang untuk menunaikan umrah selepas siap booking selama setahun (dapat harga murah). Semoga mendapat umrah mabrur! Sebahagian gambar yang dikongsi bersama..








Juga, dikurniakan seorang lagi cucu saudara (cucu abang yang pertama) Sarah Nur Raudhah.



Kepulangan anakanda saudara Dr Mastura Azmi serta pasangan beliau Dr Harris dari Kyoto Jepun setelah bertungkus lumus belajar PHD di sana selama 3 tahun (Jazakallah). Semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Bawa balik baby made in Kyoto lagi...



Cuti sekolah pula kami tak ke mana tapi mama ambil juga cuti bawa anak2 bermain di Kosmo World Berjaya Times Square. Gamabar dalam LRT aje yang sempat ambil...yg dalam kamera belum upload lagi..


Ada lagi cerita..nanti sambung lagi

Comments

Popular Posts