Faedah Halia Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum

copy gambar dr agrobentong

Kali ni nak share khasiat Halia untuk rujukan masa depan. Kalau ejen anti kembung tu memang dah lama tahu sebab memang dipraktikpun bila perut kembung makan makanan berangin macam ubi kayu rebus. pucuk ubi, pucuk paku dan bagai lagi.

1. Merawat Rasa Mual
Mengunyah halia segar boleh mengelakkan rasa mual selepas pembedahan, akibat mabuk laut, disebabkan sinu, selepas kemoterapi dan mabuk kenderaan.


2. Merawat Masalah Pernafasan
Pilihan yang tepat bagi merawat sakit tekak, batuk dan selesema. Bagi merawat sakit tekak, ambil sesudu kecil jus halia bersama madu. Ia juga bagus bagi melegakan kahak dan hidung tersumbat.


3. Merawat Mabuk Mengandung 
Semasa kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami rasa mual dan halia boleh mengatasi masalah tersebut.


4. Membantu Penghadaman
Mengunyah kepingan halia segar selepas makan boleh membantu penyerapan zat-zat penting di dalam badan dan memudahkan penghadaman.


5. Rawatan Ketiadaan Selera 
Memakan halia segar sebelum menjamah makanan meningkatkan pengeluaran jus penghadaman di dalam badan yang berfungsi meningkatkan selera makan.


6. Anti-kembung
Makan halia segar bagi menghalang rasa kembung dan angin.


7. Mengurangkan Sakit Semasa Haid
Jika pengambilan halia diamalkan sebelum kitaran haid, ia dapat mengurangkan sakit dan kekejangan otot semasa haid.


8. Mengurangkan Sakit Kepala 
Halia bagus untuk mengurangkan sakit kepala sama ada disebabkan oleh migrain atau sinus. Sapukan pes halia pada dahi dan hidulah aromanya. Ia membantu melegakan radang saluran darah yang dapat mengurangkan sakit kepala.


9. Artritis
Halia dapat mengurangkan sakit-sakit sendi seperti artritis. Mandi dengan campuran air dan minyak halia dapat mengurangkan sakit otot dan sendi.


10. Menghalang Kanser
Halia mempunyai antioksida yang tinggi dan berupaya membunuh sel-sel kanser dan menyekat protin-protin tertentu. Halia merupakan terapi efektif dalam menyembuhkan sesetengah kanser seperti kanser ovari dan usus.


11. Melegakan Pedih Ulu Hati 
Minumlah teh halia bagi melegakan pedih ulu hati.


12. Anti-kepekatan 
Gunakan halia di dalam masakan dan minuman supaya ia dapat menghasilkan platlet darah yang kurang pekat.


13. Mengurangkan Rasa Letih 
Rebus beberapa hiris halia dan tambah sekeping kayu manis sehingga ia berubah warna . Minumlah air rebusan ini untuk menghilangkan rasa letih selepas pulih daripada demam.


14. Penahan Sakit 
Halia boleh disapu terus ke tempat yang sakit. Ia efektif untuk mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan sakit rahang.


15. Menguatkan Imuniti 
Sama ada dalam digunakan di dalam teh atau masalan, halia dapat membantu dalam pelbagai cara. Ia menguatkan imuniti dan melindungi kita daripada selesema dan penyakit-penyakit lain.


Sumber: Healthdigezt

Comments

Popular Posts