Pages

Sunday, November 23, 2014

Cuti Penggal Persekolahan Bermula 21/11/2014

Assalamualaikum


Sibuknya bekerja dan urusan rumahtangga tak pernah habis. Saat ini anak2 dah mula cuti sekolah, namun yang masih belajar di universiti sedang mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan terakhir untuk semester ini pada bulan January 2015 nanti InsyaAllah.

Ibu-ibu dapatlah merehatkan diri buat seketika sebelum penggal persekolahan baru 2015 bermula Januari nanti. Ooh ye.. saya dah lihat tarikh persekolahan tahun 2015 dan ianya bermula hari Isnin 5 Januari 2015. Kali ini lewat dari kelazimannya.

Syarikat tempat bekerja tidak mengadakan sebarang aktiviti seperti Makan Malam atau Hari Keluarga almaklumlah kami hanya mempunyai beberapa "kerat" tenaga pekerja sahaja. Oleh itu mereka telah dengan baik hatinya menaja kami sekeluarga makan2 bersama (lunch @ diner) sebagai salah satu "token of appreciation" atas segala kerja keras (ye ke hihi) yang saya telah labur dalam syarikat mereka. Jangkaan tarikhnya ialah pada 20/12/2014 dan akan dimasukkan dalam blog ini untuk kenang-kenangan. Anak-anak yang di universiti diminta pulang pada tarikh tersebut. Seorang di UMK cuti belajar/study leave, yg seorang di UITM Seri Iskandar akan balik juga walaupun belum tahu bila tarikh sebenar study leave nya.

Masing-masng tak sabar menunggu tarikh tersebut hehe...

No comments:

Post a Comment