Central Market KL

Assalamualaikum

Tak banyak yang berubah! Itulah komen saya pada suami semasa sampai di Central Market KL semalam 3/11/2013. Kebetulan anak saya yg kedua ada program seni di annexe CM petang semalam, sambil jadi transporter dia sambil itu juga bawa yang tiga beradik tu melihat-lihat kawasan sekitar.

Masih terdapat gerai2 kecil yg menjual barangan cenderahati tapi yg paling menarik minat saya ialah di bawah ni:


Gelang kaki yg diperbuat dari tembaga. Mahal juga harganya antara RM600 hingga RM1000 seunit. Bukannya apa saya teringat sewaktu hari perkahwinan dulu, saya dipakaikan gelang kaki seperti ini warisan nenek sebelah ibu saya untuk dipakaikan kepada anak menantu dan cucu perempuan apabila berkahwin. Saya rasa ianya masih disimpan elok oleh ibu saudara saya di Prai.

Apa yang berbeza hanyalah kedudukan suraunya yg dahulu di tingkat satu tapi sekarang telah dipindahkan ke aras atas (bumbung). Agak menyenangkanlah juga tak adalah bau masam karpet mcm dulu2.

Surau lelaki sebelah kanan
Surau Perempuan
Anak2 ralit melihat aktiviti seni yg diadakan dipersekitaran seperti artwork pasir dalam botol, artwork di atas pinggan, melukis potret (ini di annexe) dan pelbagai jenis pameran arts lagi.

Sand artwork

Gerai artwork untuk cenderahati

Kedai alatan muzik gitar

Gegendang

Barangan dari perak

Ini kedai hasil kreativiti tempurung kelapa

Hasil buatan dari tempurung kelapa...kreatif sangat

Sempat posing sebelum pi solat
Kawasan CM ni memang tiada tempat parking kereta, jadi untuk lebih mudah, sila parking kat bawah bangunan Dayabumi. Kalau hari ahad/cuti awam bayaran masuk hanya RM3.00/sehari sahaja. Jalan kaki sikit menyeberangi Sungai Gombak (ada jambatan) dan terus sampai ke annexe CM. Terdapat juga restoran untuk makan/minum dan berehat. Ada juga bahagian Little India di mana terdapat banyak barangan dari negara sebelah Timur/Arab dan India menguasai sebahagian besar CM.




Comments

  1. ade je parking depan cM tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. For KL rian..ok semua maklum kat deepannnn CM tu ada parking (frankly tak tau rate berapa). For org yg baru first time datang CM - better cari dayabumi dan parking je kat bawah tu, ada CCTV if anything happen.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts