Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin
Assalamualaikum...
Sambil berehat teringat nak update pasal Minyak Zaitun yang saya baru beli dari En Mohammad Anas dari facebook dia.
Saya cuma sms tanyakan harga sebotol sebab saya nak cuba almaklumlah umur dah 4 series...Saya ada bagi alamat saya pada beliau untuk urusan selanjutnya. Tup-tup esoknya saya dah dapat minyak zaitun ni..lohh..belum buat transaction dah dapat barang, Pelik la kan selalunya bisnes online ni kita bayar dulu. Saya pun telefon beliau, katanya cara beliau begitu, hantar barang dahulu barulah cuatomer bayar. Bank account pun tak diberi pada saya lagi, jadi saya tunggu la sampai keesokan harinya baru la dapat dan terus saya bankinkan RM47.00 sebotol pada beliau. Kalau beli dua dapat RM85.00. Percaya sungguh En Anas ni pada pelanggan yang belum beliau kenali, semoga Allah lindungi beliau dari pelanggan yang tak bertanggungjawab.
Banyak khasiat dari Minyak Zaitun ini, saya baru makan sesudu sebelum tidur malam selama dua hari tapi dah ada kesan nya antaranya lawas buang air besar, kepala terasa pening sedikit, selsema (mungkin sebab sinus saya), baru 2 hari, lepas ni saya akan update lagi k..
Olive oil daripada Olive House ini tidak sama dengan yang terdapat di pasaraya yg mana warnanya lebih keruh. Mungkin disebabkan oleh tiada campuran bahan minyak lain dan tiada penapisan (Pure). Pembekalnya ada memberi tips - masukkan botol tersebut dalam peti, selepas 24 jam jika ianya bertukar menjadi macam jelly maka ianya asli, jika minyak itu tidak berubah maka ianya telah dicampur dengan minyak sayuran lain. Errr nak ke kita bubuh minyak lagi dalam badan kita..adoii risiko lain pulak yang timbul nanti.
Khasiat Minyak Zaitun ini tersangat la banyak, boleh rujuk kat sini.
Comments
Post a Comment