HR Bhgn 2 - Pengisian Jawatan
Assalamulaikum
Err minta maaf, lama tak update. Terlalu banyak kekangan masa tapi itu tak boleh dijadikan alasan kan.
So tajuk hari ini ialah Pengisian Jawatan.
Kalau bekerja di syarikat korporat, semua pengisian jawatan ini berdasarkan pelan tindakan yg telah dibuat setahun sebelum itu atau semasa pelan budget tahun berikutnya.
Bermula dengan iklan disebarkan - selalunya saya guna Jobstreet - mahal sikit - mudah hujung jari aje - tapi pening weih tengok resume orang panjang2 (Elok guna 3 mukasurat aje - summarize la), atau iklan kat suratkhabar Harian Metro ke, Utusan ke yang famous sikit hari Sabtu tu kat suratkhabar STAR/News Straits Time. Dulu kalau hari sabtu kami keje, paling best baca surat khabar hari sabtu buka iklan keje..hehehe..zaman Tun M dulu ada banyak keje kosong!
Dah - bagi la dateline utk orang ramai submit application. Mulala budak2 HR pening kepala nak buka envelope satu persatu baca resume. Di agih2 kan dan baca resume ikut seperti yg dimahukan oleh HOD (screening dia panggil yang ni). Lepas tu bagi HOD tengok, then HOD akan buat shorlisted. Kalau perlu kami interview melalui telephone dahulu sebab nak ringankan kos applicants. Semua resume ni kami simpan selama setahun sahaja untuk rujukan akan datang, tapi la ni semua guna online email atau Jobstreet, simpan di alam maya aje, tak perlu nak simpan hardcopy - buat semak ofis.
Then lepas buat shorlisted, budak2 HR akan panggil set appointment utk interview. Masa interview ni sepanjang pengalaman saya, ramai candidate yang tak buat preparation. Adalah hanya 30% sahaja yang saya jumpa betul2 menunjukkan keen/interest dalam job yang mereka apply. Kita bukan bercakap tentang bidang pengalaman, kat sini kita bercakap ttg cara mempekenalkan diri, keyakinan bila ditanya soalan. Tidak mengapa kalau kita tiada pengalaman "penuh" dalam bidang yang kita minta, tapi mimik muka kita adalah perkara penting yg perlu kita jaga. Pernah ada seorang candidate datang meminta jawatan IT Executive, tiada pengalaman yg banyak tapi responsive dia pada setiap pertanyaan yg diajukan membuatkan pihak pengurusan YAKIN kami perlu mengambil dia sebagai pekerja kerana dia begitu berkeYAKINan. Ini untuk kebanyakan jawatan Executive.
Bagi jawatan Manager/Senior Manager pula, mereka ni adakalanya ter"over" yakin la pulak. Tak perlu bercerita panjang tentang diri macam nak bangga atau tunjuk kepala besar. Cukup secara ringkas tetapi padat kerana terdapat interview untuk kali kedua atau ketiga dan disitu pihak pengurusan akan membuat penilaian yg terperinci lagi. Adakalanya temuduga dengan pihak ini mengambil masa selama 2-3 jam untuk seorang candidate.
Sesetengah syarikat akan mengadakan Psychology Test untuk melihat kecenderungan seseorang calon. Jawab aje soalan yg berkenaan dengan sifat/sikap kita terhadap kerja/family/emosi dan macam2 lagi.
Sesetengah syarikat akan mengadakan Psychology Test untuk melihat kecenderungan seseorang calon. Jawab aje soalan yg berkenaan dengan sifat/sikap kita terhadap kerja/family/emosi dan macam2 lagi.
Setelah berjaya ditemuduga, pihak pengurusan akan membuat keputusan dan HR akan menghubungi calon tersebut untuk diberi tawaran pekerjaan.
Sekiranya kedua2 pihak bersetuju dari semua spek termasuk bayaran gaji, faedah dan keistimewaan bekerja di syarikat itu, maka tibalah masa untuk menandatangani surat tawaran jawatan. Surat Tawaran Jawatan amat penting pada masa akan datang dan ia merupakan kontrak bertulis anta majikan dan pekerja serta boleh digunapakai untuk tujuan undang-undang. Oleh itu semua calon hendaklah baca betul2 Offer Letter tersebut sebelum tandatangan supaya tidak timbul masalah di masa hadapan.
Amaran - Yg diatas ini adalah berdasarkan pengalaman saya dari perspektif saya sendiri.
Akan ditambah bila2 masa sekiranya terlupa fakta..
Bersambung...
assalam perkongsian yg bagus ni...
ReplyDeleteInshaAllah, perkongsian ilu yang tak seberapa
Delete