Macam Malas Jer...
Assalamualaikum
Nak kata sibuk takla sangat, tapi ya Allah, malasnya nak update blog ni.. tapi saya dah berjanji akan terus menulis untuk berkongsi ilmu yang ada pada diri saya buat tatapan kawan2 alam maya supaya dapat jadi panduan/tips atau saja2 jadi bacaan ringan.
Maybe macam kawan2 satu sekolah di SMT Ipoh kata dalam WA - faktor UMUR hehehe...
Ya umur saya makin bertambah awal Februari dahulu, sengaja saya keluarkan tarikh harijadi dari FB kerana saya lebih ingin mengingati mati dari tarikh kelahiran saya. Walaubagaimanapun ucapan tahniah dan doa terus-terusan diterima dari family terdekat. Terimakasih tak terhingga kerana menyayangi saya.
Kerja pemasaran di pejabat semakin berkurangan sejak seminggu sebelum CNY dan berlanjutan sehingga hari ini. Namun, dhuha tetap tak lupa mohon agar Allah menambahkan rezeki syarikat ini dan juga rezeki kami pekerja disini.
Akalil makin selesa belajar di SMAP Bentong, dah janji mulai Februari 2014 kami hanya menjenguk selang seminggu sahaja, ini untuk biasakan beliau berdikari - nampak macam berjaya tapi terlalu awal untuk di tafsir - manusia itu berubahkan hatinya! Saya rasa terharu/bersyukur kerana anak saya telah berjaya menghafaz An-Nabak dan sekarang dalam proses menghafaz surah Al-Dhariyat. Moga2 Allah permudahkan urusan beliau. Amin..
Jumpa lagi..Wassalam..
Comments
Post a Comment