12.12.12

Assalamualaikum,

Tarikh yang ditunggu sejak setahun yang lepas 11.11.11 yg mana saje je tangan ni gatal nak buat entry baru. Apa ada pada tarikh? Ohh tak ada apa-apa cuma suka suki saya nak tulis je.

Semalam 11.12.12 birthday anak buah saya yg ke 31 kini menetap di Kyoto sebab lanjutkan pelajaran dlm PHd, hmm jauhkan pergi belajar...demi sebuah harapan. Mastura Azmi..lahir di hospital besar KL oleh kakak sulung saya (ini cucu sulung sebelah keluarga saya), semasa saya berumur 12 tahun..ngeeeeeee..mcm adik je kan kan kan..hahaha perasan (ko tu dah tua ek)!

Ok, back to my story, yesterday was also a public holiday in Selangor as DYMM Sultan Selangor's birthday falls on 11th December every year. Dah namanya public holiday so sesi bermalasan la kat rumah. 

Tekak pulak tetiba teringin nak makan puding karamel, maka berpudinglah saya di dapur petang semalam. Dek kerana tak sabo nak makan, terpaksalah puding tu saya masukkan dalam fridge beku seketika. Anak2 dah tak sabar tahap gaban (sokmo gini kalu bab makan). Tapi this time sos karamel tu kurang sikit, so terpaksa buat sos karamel kali kedua utk disira atas puding karamel tadi.

Ok toksah cakap banyak, layan gambar kat bawah ni..sedappppp, incik huby pun makan sebab this time saya buat kurang manis sikit teksturnya (huby avoid sweet in his diet).
Ada budak tak sabar nak makan, baru angkat panas lagi tuuuu..

Cantik juga tekstur dia (haha puji sendiri)

Teh O & Puding Karamel for tea time

Second time kene buat sos karamel, siram terus atas baki puding..ngeee

Next..cita-cita nak buat Durian Crepe yang terkenal masa la ni..azam before 2012 end - mampukah aku! hahaha..tengok la graf malas tu kat mana..

Comments

Popular Posts