Pages

Monday, July 8, 2013

Jabatan Pendaftaran Negara di UTC Bandar Baru Sentul KL

Assalamualaikum...

Salam hari Isnin yang mulia, lusa InsyaAllah akan bermulalah Ramadan tahun 2013 @ 1434 Masihi, semoga Allah permudahkan segala urusan dan berkati setiap waktu yang ada di bulan rahmah ini..amin.

Semalam ke JPN di UTC BBS KL. Tujuan untuk membuat kad pengenalan Malaysia bagi anakanda yang telah cukup umur 12 tahun semalam 07.07.2013. Lengang, tak ramai orang dan sungguh cepat prosesnya tak sampai 15 minit isi borang, daftar dalam komputer dan ambil gambar anak. Esok (hari ini) siap. Cepatnya! Tak sampai sebulan macam zaman saya dulu2. Heee dah lama tu..

Sedikit maklumat untuk JPN di situ:-

Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Mini UTC Sentul telah mula beroperasi pada 6 Mac 2013 beralamat seperti dibawah;

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Sentul Kuala Lumpur
Mini UTC Sentul
Aras 3, Kompleks Bandar Baru Sentul
51000 Kuala Lumpur

Telefon :40400703/705/706

Waktu urusniaga: Isnin - Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Waktu rehat (tutup) Isnin - Khamis : 1.00 ptg hingga 2.00 petang &
Jumaat: 12.15 tgh hingga 2.45 petang


JPN di UTC Sentul juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.30pagi sehingga 10.00malam. Waktu rehat mereka 1.00 petang hingga 2.00 petang dan 7.30 malam hingga 8.00 malam. Sungguh mudah dan menyenangkan kita terutamanya orang bekerja 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat) macam saya.

dah besar anak mama ni

Lengang

Tak perlu datang hari bekerja, hari ahad pun boleh - sungguh selesa!


Jadi, lepas buat IC maka belikan kek untuk dia, happy je, kakak dan abang masing2 tak ada kat gambar sebab masih ada last paper exam kat U serta bekerja.

Bangun dari tido terus peluk dan cium! Huhu..
Selamat Ulang Tahun  Kalil!

4 comments:

  1. nice...... hepybezday...moga jd anak yg soleh yg sayang kedua ibu bapa mu....jgn lupe mama naaa...

    ReplyDelete