Human Resource - Bhgn 1

Assalamualaikum

Saya memulakan kerjaya selepas menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Awam (Diploma) dari Institut Teknologi MARA Shah Alam pada tahun 1990 selepas SPM 1986. Setelah itu saya mendapat tawaran menyambung Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan di UKM Bangi pada tahun 1991 namun saya tidak pergi mendaftar kerana telah mempunyai kerjaya tetap.

Penulisan saya seterusnya nanti akan lebih memperkatakan tentang pengalaman kerjaya sebagai Human Resource (Assistant/Executive/Senior Executive/Head of Section) selama lebih kurang 20 tahun pembabitan saya di sektor swasta samada korporat atau syarikat biasa. Saya melepaskan tanggungjawab saya dalam Human Resurce pada tahun 2011 kerana secara beransur ingin mencari kelainan dalam kerjaya saya di samping menguruskan sebuah syarikat yang dipunyai kawan kerana menawarkan masa kerja yang fleksibel serta yang pasti saya tahu faktor pendapatan syarikat ini tidak mengandungi unsur2 syubhah. Yang penting setelah dua tahun bekerja di sini, hati terasa tenang, ibadah solat sunat seperti dhuha, membaca al-Quran dan sebagainya dapat saya laksanakan di pejabat. Percayalah, income syarikat makin bertambah apabila Pengarahnya sendiri merupakan seorang yang kuat beragama dan menggalakkan pekerja beliau melaksanakan amalan ibadah di syarikat ini!

Tips-tips cara pengurusan manusia akan dikategorikan mengikut kategori berikut:

1. Pengisian Jawatan
2. Pentadbiran Gaji/Elaun/Bonus/Gratuiti
3. Pengurusan Latihan Untuk Kakitangan
4. Penamatan Perkhidmatan/Persaraan
5. Pentadbiran Pelbagai Kemudahan Dan Keistimewaan Pekerja
6. Skim Perkhidmatan
7. Penilaian Prestasi Kerja Dan Kenaikan Pangkat
8. Pentadbiran Pelbagai Cuti
9. Disiplin
10. Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja
11. Penyimpanan Rekod Dan Sebagainya

Sepanjang bekerja, saya menanamkan sikap suka (enjoy) dengan setiap pekerjaan yang saya lakukan supaya mudah menaikkan mood bekerja. Tiada istilah Monday Blues dalam kamus hidup kerana kita mesti pusatkan fikiran tentang Kerja itu adalah Ibadah 

Bersambung.....

Comments

  1. assalam..salam jumaat yg mulia...selamat bercuti hari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam..selamat berkenalan, terima kasih jenguk sini..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts