Pages

Sunday, November 7, 2010

Simple Saturday

Dah tak ada idea nak masak apa tenghari tadi, tiba2 anak kata nak makan tahu telur, so kita ni pun masak la tauhu telur lawan dgn ayam masak kicap, dua dish cukup la..lepas pegi GIANT tadi beli barang rumah yg dah abis, rasa penat pulak nak masak beria2..lagipun jap lagi depa nak pegi MPH kat Bangsar Village. Mama tak ikut la kut, baju banayak nak kene gosok ni...rehat je kat rumah..

Semua orang suka makan tauhu telur ni, cara masak pun simple jugak, tak la beria2 sgt, kalau ada daun kucai pun sedap jugak. Resepinya:-

Bahan:-
tauhu telur 2 peket
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 biji telur ayam
garam secukup rasa

Cara:-
Goreng tauhu telur (dipotong kecil) dlm minyak panas sampai garing (ikut sesuai)
Dlm kuali yg lain, tumis bawang putih sampai garing, bila dah naik bau, masukkan secawan air, sostiram, garam, biar menggelegak sekejap. tambahkan telur dan kacau2 sampai hancur. Tambahkan tepung jagung tadi yang telah dicampur dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Kalau ada kucai, masa ni boleh tambah sayur dan biar menggelegak sekejap. Akhir sekali baru tambahkan tauhu telur yg telah siap digoreng tadi dan hidang untuk dimakan panas2. Makanan ni a bit mual sb filling sangat...but delicious!

tauhu telur cari yg tanda halal


tauhu telur siap!


No comments:

Post a Comment