Pages

Thursday, June 20, 2013

Kolam Air Panas Gadek Melaka

Assalamualaikum,


Tempohari kami pergi ke Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah Melaka, sampai pun dah jam 9.00 malam gitu. Perut dah mula menyanyi sebab kami bertolak selepas waktu pejabat dari KL, anak-anak kelaparan betul. Nasib baik ada kemudahan restoan di situ, lalu kami pun dinner la apa yang patut sebelum merendam badan dalam air panas.

Tujuan datang ke sini untuk merawat kulit sensitif anak perempuan saya. Maka kami pun berendam la selama hampir 1 jam sehingga 10.30 malam. Oh ya lupa nak bagitau, kolam air panas ini dibuka pada orang ramai 24 jam sehari. Jadi, siapa-siapa yang rasa free hujung minggu boleh la drive ke sini. Mula-mula tu kita tak biasa dengan suasana kepanasan yang secara puratanya antara 40-50 darjah celcius. Tapi lama kelamaan rasa seronok la pulak. Kalau dari Melaka, ambil jalan menuju ke Tampin dan anda akan nampak pintu gerbang di atas sebelah kiri jalan. Jika anda dari KL keluar ke TOL highway Simpang Ampat Seremban dan susur keluar ke kiri. Ikut sahaja signboard ke Alor Gajah. Kami tersasar sedikit dari laluan kerana hp saya kehabisan bateri (GPS xde) dan melalui A Famosa Resort.

Kolam-kolam yang disediakan terbahagi kepada beberapa tahap kepanasan. Jadi, kami cuba beberapa jenis kolam. Kesan sampingan pertama sewaktu saya berada di dalam kolam ni selepas beberapa minit berendam, kepala rasa pening dan tekak rasa mual. Mungkin disebabkan kandungan sulfur yang buatkan kita rasa begitu atau mungkin sebab kami baru lepas makan :)

Kolam yang seperti gambar di bawah ini, anak saya boleh berenang di dalamnya kerana tahap kepanasannya kurang sedikit.

Ada juga kolam yang mempunyai tahap kepanasan yang tinggi sedikit seperti kolam di bawah ini. Hanya boleh rendam kaki sahaja, nak rendam badan fikir dua tiga kali dulu.

Ada juga dibuat kolam-kolam untuk kegunaan satu keluarga dan dikelilingi oleh dinding pemisah yang diperbuat dari kayu (cantik juga) untuk tujuan privasi. (saya kena cari gambar dalam videocam saya)

Bayaran masuk ke Air Kolam Gadek ini tidaklah mahal seperti di bawah:-

Ada disediakan juga tandas/bilik air untuk kegunaan mandi/tukar baju. Yang terbaru, mereka baru sahaja selesai membina sebuah SPA untuk pengunjung dengan bayaran RM15 seorang. Untuk pengetahuan semua Kolam Air Panas Gadek ini telah diswastakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka kepada Arus Rahmat Sdn Bhd. Rujuk Utusan Melayu Arkib 3/2/2010

Setelah selesai menukar baju dan membilas badan, kami pun meninggalkan kawasan Air Panas Gadek ini lebih kurang jam 11.00 malam dan didapati semakin ramai pengunjung datang pada waktu malam.

Simptom kedua yang saya rasa selepas berendam dan membilas badan dengan air bersih, badan saya mengeluarkan peluh yang banyak sangat, saya rasa pori-pori badan saya lebih terbuka dan kilang peluh saya bekerja dengan lebih kuat. Ia berpeluh sehingga lebih kurang 15 minit lamanya. Tapi selepas itu badan saya terasa ringan dan relax.

Gambar di atas kredit kepada tuan punya wordpress hamdy dan juga pesonabatik. Gambar dari simpanan saya akan diupload kemudian.

No comments:

Post a Comment