Sudahkah Kita Bersyukur?

Assalamualaikum,

Gaya Ustazah yg lembut tutur cara memikat hati.

Terima kasih Ustazah Norhafizah Musa kerana pencerahan yang diberikan pagi tadi.

Bersyukur itu adalah dengan membuat penilaian ke atas diri sendiri atas nikmat yang Allah berikan kepada kita, bukan diukur dengan berterima kasih pada orang lain. Maksud syukur itu juga adalah puji-pujian hanya pada Allah Subhananahuwata'ala.

Tujuan hidup kita adalah mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepada kita, tak perlu tengok jauh2, nikmat pada diri kita sendiri, badan yg sihat, mata yang cerah, tidak cacat - subhanallah! 


Juzuk : 21Surah : LUQMANNo. Surah 31Ayat : 12
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)" Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman Ayat 12 di atas jelas menunjukkan bahawa Allah tidak menjadi hal sekiranya kita tidak bersyukur kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Terpuji.

Soalan 2
Apakah tanda seseorang itu benar2 bersyukur?

Tanda : Sentiasa syukur semua nikmat drp Allah. Salah satu cara dengan Solat Dhuha. Kita bersyukur kerana dengan 360 sendi yg Allah beri pd kita maka kita dapat melaksanakan ibadah. Kena rasa cukup dengan pemberian Allah dan memberi serta berkongsi rezeki dgn orang lain.


Soalan 3
Bagaimanakah kita zahirkan dengan pancaindera?

Lihat, Dengar, Rasa, Bau dan Hati - gunakan pancaindera tersebut untuk berfikir semula apakah nikmat yg Allah berikanpada kita.

Soalan 4
Mengapa kita sudah syukur, tapi masih diuji?

Walau kita sentiasa sujud dan bersyukur tapi kita tak dapat penuhi semua yg Allah bagi nikmat pada kita.

Allah beri ujian supaya kita dinaikkan martabat - dpt kedudukan tinggi dlm syurga.

Soalan 5
Almulk - ayat 23 - Manusia tidak mampu bersyukur hanya sedikit sahaja yg kita dapat bersyukur

Juzuk : 29Surah : AL-MULKNo. Surah 67Ayat : 23
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"

Soalan 7

Apakah Solat fardu di awal waktu menunjukkan kita bersyukur pada Allah?

Betul - Penilaian Allah pada kita dilihat pada solat fardu - awal waktu serta juga amalan2 yg lain

Solan 8
Apakah sujud syukur merupakan salah satu cara kita bersyukur?

Sujud syukur adalah cara untuk menzahirkan rasa nikmat Allah dan  bersyukur kerana sesuatu musibah di jauhkan daripada kita.

Boleh dengan ada wuduk, tanpa wuduk pun tak apa (ada pandangan ulama) - menutup aurat, menghadap kiblat, takbir dan terus sujud - doa sahaja apa yang mampu di doakan (tak perlu beri salam pun tidak apa)

Soalan 9
Apa tanda org2 tidak syukur dan apa azab utk org yg tak tau syukur

Orang yg tidak bersyukur - akan jauh dr Allah, hidup akan terancam. Allah memberi peringatan "Barangsiapa syukur Aku tambah, tp kalau kamu kufur, dan buat maksiat, ketahuilah manusia sesungguhnya azab amat berat" 

Hati tidak tenang sentiasa berkeluh kesah.

Org tak syukur dibenci oleh Allah dan manusia juga

Soalan 10
Tips bagaimana menjadi hamba Allah yg bersyukur sebenar2nya?

1. Rasulullah kata - lihatlah orang yg lebih rendah kadar nikmat dr kamu

2. Kena kenal Allah swt - tuntut ilmu supaya dapat kenal Allah

3. Surah Thoha - Jgn terpesona dgn nikmat yg Allah bg pd pasanagan lain sedangkan Allah nak menguji mereka. Pandai2 lah jaga pandangan kita - jangan biarkan hati dan nafsu menjadi tidak puas hati.

Semoga pencerahan yang Ustazah berikan tadi menjadi ilmu yang berguna buat diri sendiri..amin..




Comments

Post a Comment

Popular Posts