Pages

Tuesday, October 25, 2011

Deepavali - Selamat kepada yang berkenaan!

Selamatlah kepada sesiapa yang menyambutnya.

Sekolah menengah cuti seminggu, yang sekolah rendah pula cuti 2 hari, harini dan esok. Saya...cuti esok aje la.

Pagi tadi jam 4.15 pg dapat sms dr kakak berbunyi "Ma, kakak baru lepas muntah nie, tatau knape, taley tdo da, abs dpan bilik pnuh ngan muntah..cne nak cuci"   haish!!! marah ckLah nanti! BM tak betui ni..mesti diperbetulkan, tapi tau lah anak2 ni nak jimat sms, tulis short form dpt jimat byk space utk menulis. ok la..jangan dibuat tulisan macam ni masa menjawab kertas pereksa udah! kadang2 emaknya pun jenuh nak fahamkan ayat tu. Alhamdulillah kakak lulus cemerlang dlm subjek BM masa SPM tu hari.(haih emaknya melalut jauh!)

Panik sekejap dapat sms tu..isk apa hal pulak dengan anak aku ni! Emaknya pun telefon la si anak pepagi buta tu, tanya sebab kenapa? Loh..nangis la pulak. Rupa2nya kene food poisoning, masa saya telefon tengahari tadi, dah ok, perut je memulas2. Isi perut semua dah habis keluar, 10 kali muntah, hmm nak buat macamana, kena la cuci sendiri muntah tu, saya suruh dia simbah sisa muntah tu dengan air baldi banyak2. Kesian anak aku..pepagi buta dah kena bersihkan sisa muntah depan pintu bilik asrama (tak sempat muntah dalam toilet), sambil cuci sambil muntah, tak tahan bau masam!

Sabarlah nak, ini dugaan hidup, pengalaman buat kita jadi semakin dewasa! Emak tak ada disana untuk membantu gosok2kan kepala/perut dengan minyak mestika, tak boleh tolong buangkan sisa muntah, kakak kena pandai jaga diri sendiri sekarang.

The Three Eldest
Sebagai anak, kakak seorang yang boleh berdikari, pun begitu anak dara mesti selalu dipantau. Peringatan demi peringatan diberi, supaya maruah diri dihargai, walaupun dari jauh ayah dan mama masih memerhati. Kakak teladan untuk adik2 jadikan "role model" dan paling penting usaha kakak, adik2 pandang tinggi. Yang penting, capai cita-cita kakak yang menggunung tinggi, dah dapat degree, apa nak petik je jari!

4 comments:

  1. kakak nak kurus lagi la tu.. hehe.. harap2 afifah ok

    ReplyDelete
  2. Salam yan..
    Bila dengar anak2 tak sihat, kita kat umah yang duk risau, kan yan..

    ReplyDelete
  3. fzi - tu la kak, sampai buat solat hajat pagi tu mintak diberi kesihatan yang baik, bukan apa risau ni, macam2 bole terjadi, haih..nauzubilah!

    ReplyDelete
  4. mast@work,

    kakyong, agaknya macam tu la arwah mak rasa masa mikeme dok jauh2 dulu kan..kan..

    ReplyDelete