Pages

Thursday, October 27, 2011

Kuih Siput Kudapan Opis/Rumah

Cuaca sejuk2 gini, apatah lagi kalau kat opis, dgn kedinginan econ (lemau rasa tubuh) sedap kalau ada kudapan ringan kan. Tahun lepas asik dok membeli maruku daripada pakcik India kacang putih yang bawa motor lalu depan opis tu.

Tiap-tiap bulan buat collection rakan2 sepejabat (yang selalu jadi mangsa Encik Amir - Manager kami la - hihi). Beli jajan dari pasaraya G yg dekat dgn opis ni, letak dalam kotak A4 supaya Mr Low tak nampak (Mr Low seorang yang kuat makan tp wife dia tak bagi sebab dia ada diabetis - kene kontrol pemakanannya - tp dia curi makan kat opis!)

2 minggu lepas buat kuih siput sekilo tepung, ok terus terang la ni kali pertama buat, kurang masin sikit la, tapi belasah dek anak2 juga (hangpa ni semua makan haih!) licinnnnn..halussss!!!(tiru haris iklan nescafe tu).

Hai, si anak pulak pi promosi kat kawan2 sekolah, ada yang order la pulak, since minggu ni cuti, emaknya kene la masak hujung minggu ni, projek sekali untuk kudapan ke opis.


Ini Doh dia
Gentel2 dgn acuan tu
Goreng dgn minyak panas & banyak
Dah Siap
Resepi dia macam ni ye (oopss rasa2 resepi ni dr myresepi - mohon izin ya tuan punya)


Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 paket rempah kari daging – kecil
1 paket udang kering
2 biji bawang besar
1 camca besar jintan kasar
6~10 tangkai daun kari
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Kisar udang kering, bawang besar, jintan kasar dan daun kari.
  2. Gaulkan tepung dengan marjerin hingga berderai.
  3. Masukkan kesemua bahan2 lain termasuk yang telah dikisar. Gaul rata.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Ambil secubit doh dan tekan di atas acuan kuih siput. Buat sampai habis adunan.
  6. Goreng di atas api sederhana hingga masak dan garing.

2 comments:

  1. Hehehe. Lama tak buat kuih siput. Gigi ckLah yang sompek masa makan kuih ni raya lalu, belum berawat. Gigi orang tua....bukan salah si siput tu! :D

    ReplyDelete
  2. ckLah - belum tua lagi haih! :)

    ReplyDelete