Visit Sister At APSH

Intro:-
My sibling semuanya 5, the eldest (arwah yong), the only bro, 3rd sis(died when 11 days old), 4th sis (kaknor)  and meee (hehe).

Kaknor (nickname) kakak ke4 saya (gambar), admit di APSH hari khamis jam 3pg (note ni saya tulis sebab saya sayang kakak saya). She was diagnosed acute gastric and gall bladder (after ctscan & ultrasound).

Khamis lepas hujan terlalu lebat, selepas solat maghrib & yassin, saya ajak suami pergi melawat kaknor di APSH. Itu saje kakak di atas dunia yang saya ada sekarang, saya cukup fobia dan trauma dengan isu masuk hospital ini sementelahan mempunyai pengalaman hebat semasa arwah yong & mak dulu.

Jadi sebelum saya "pergi" atau kakak saya "pergi" dulu, lebih baik saya berjumpa dengan dia. Saya tegur kakak saya supaya jaga makan dan minum, jangan terlalu sibuk kerja maka sarapan dan makan tengahari jadi "brunch".
Kakak saya cakap.."kerja banyak yan, kadang2 tak sempat nak makan"
Saya balas balik "tak boleh la macam tu..kene juga jaga.."

Jam dah hampir pukul 9 malam, anak2 pula nak pereksa akhir tahun esok hari, sebelum mengundur diri saya mengurut seluruh badan dia bahagian belakang. Angin sendawa keluar bertalu-talu. Apa lagi yang saya boleh tolong melainkan itu sahaja.

Tepat jam 9.30 malam kami bertolak balik dan terserempak dengan anak-anak kaknor di luar bilik. Ok la, saya kira tak la dia sunyi sangat tinggal kat hospital sementara nak tunggu mengantuk. Anak-anak pengubat hati ibu bukan?

Kaknor dah keluar hari ahad lepas, doktor bagi MC 2 minggu untuk berehat dan beliau dinasihati untuk "remove" hempedu itu secepat yang boleh. Saiz batu di dalam hempedu itu hampir 0.9cm, bukan satu malah ada banyak! Saya risau jika inilah yang akan menjadi penyebab kepada yang "SATU" itu. Tapi takdir Allah, siapa yang tahu. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa mohon di beri kekuatan menghadapi dugaan ini.

Ya Rabb, Engkau berilah kebaikan di atas segala kebaikan terhadap kakakku ini.
Ampunilah dosa-dosa beliau, tabahkan hati beliau, sembuhkanlah penyakit beliau dan sekiranya perlu menjalani pembedahan itu, selamatkan beliau agar pembedahan itu berjaya dilaksanakan. Seterusnya berilah kesihatan yang baik kepada beliau supaya dapat meneruskan hidup dan menjalani ibadah dengan sempurna..amin!

Tapi hanya satu sahaja yang tak enak untuk diceriterakan disini..elok hanya disimpan antara kami berdua sahaja, tak elok diwar-warkan disini, lagipun inikan blog talk! tak semua dapat dikongsi..saya faham dan saya akur..tabahkan hatimu kakak!



Comments

Popular Posts