PM Najib melawat Gombak?

Gambar dari Malaysia Kini

Hmmm, saya sendiri pun musykil tak tahu berita ni, nama besar macam tu melawat Sri Gombak, sedangkan saya sendiri pun tinggal di Sri Gombak - gamaknya kurang publisiti kut. Cuma saya ada ternampak kain rentang di highway yang nak masuk ke perumahan Taman Sri Gombak. Itu saja - full stop.

Seperti kata tuan haji abu bakar ninggal agak-agak crowd dalam 3-4k aje (tak termasuk saya la tu hehe). Saya teringin nak mendengar ucapan beliau, tapi apakan daya petang tu saya kene heret hadir sama ke party harijadi kawan anak no4 saya (nanti cerita lain entry).

Berbalik pada kehadiran PM di Sri Gombak, huuiisshh..lalulintas sibuk sangat..ye la PM datang sekali sekala..nak pancing undi?..hehe..InsyaAllah kita semua pergi ngundi pada PRU13 nanti. Saya mengundi di TTDI Jaya Shah Alam sebab memang tinggal di situ dahulu. Malas nak tukar tempat mengundi sebab saya takut nama saya tercicir pula seperti yang berlaku kepada kawan-kawan saya di Tmn Sri Gombak 8 tahun yang lepas (ada kes juga la, susah nak huraikan). Rugi, sangat rugi kalau kita tak pergi ngundi. Saya baru miss sekali sebab ada hal kecemasan waktu tu.

Tapi kan, sebab nak letakkan juga "tapak kaki" saya hadir di kawasan tu, nah..gambar ambil dari kereta saja, tak kuasa teman nak redoh oghang rame tu haih..

Nun jauh di sana kunampak bendera/canopy sahaja

Dari arah Maybank


Comments

Popular Posts