Pages

Thursday, October 27, 2011

Ikan Tongkol/Aya/Tuna

Semalam cuti umum kan, so emaknya dah ketandusan idea nak masak apa.

Pagi goreng jemput untuk sarapan ringan. Selalunya saya campur dengan udang basah atau kering dan sekali sekala dengan ikan bilis, dicicah bersama sos cili/tomato (untuk budak kecil tu) bercampur dengan bawang besar (racik2 bawang kecil2 biar anak2 tak nampak - tak nak makan nya deme tu)

Ok untuk lunch,  pun tak reti nak masak apa, ada ikan aya dlm peti, keluarkan dan rebus dgn asam keping. Hajat nak buat nasi dagang terengganu tapi, memandangkan tahap kemalasan yang tinggi, niat tu terbatal dan diganti dengan nasi berlauk gulai ikan aya..aiyoh! manyak sedap! bertambah nasi anak2 ku semua! Lawan dengan telur dadar, sayur tumis buncis dan sambal belacan! Ola!

bukan untuk promosi ye sebab gulai ini sudah ketandusan kuah!

ini favorite saya
Resepi ikan aya ni banyak dlm internet. resepi saya terlalu ringkas, segan pulak nak tulis tapi selalunya saya rujuk pada rakan maya saya kak fzmenu..uall boleh roll blog die..(hehe ada ke yg baca blog saya ni ke saya yang perasan ...tak kisahlah kan). Tunggu raya haji nanti saya cuba masak nasi dagang terengganu sebab itu favorite family saya (resepi arwah ibu mertua).

Masa saya kacil2 dulu, saya tak gemar ikan aya ni, orang sebelah pantai barat tak minat sangat ikan ni, tp ikan ni la banyak khasiat, pelik kan tapi sebenarnya ikan ini lah yang dibuat sandwish tuna tu, haih..lembu punya susu sapi punya nama la pulak!

Teringat dialog arwah mak dgn jiran kecik2 dulu "Masak apa tu noriah oi, sedap je bau!", Makcik Noriah jawab, "Ni ha, ikan tongkol goreng kicap, dah tak reti nak masak apa kak esah!" haa..dulu2 kat kampung senang, tukar idea masak2 jerit kut dapur je..al maklumlah kawasan kejiranan hanya sepelaung je antara satu sama lain (hehe saya tinggal kat kawasan perumahan awam yg biliknya 2 aje - rumah teres satu tingkat). Sekarang ni kita lagi mudah kan, ada je internet boleh check it out!

Memandangkan saya ni terberkahwin (ada ke ayat ni?) dgn org kelantan, makanya lidah saya ni dah campur2 dgn taste org pantai timur, so Perak + Kelantan + Terengganu = Malaysia Boleh! Nak makan nasi kerabu, nasi berlauk ikan aya/kembung masak kuning, gulai darat = insyaAllah semua boleh masak, tukang rasa sedap ke tak sedap = tentulah suami dan anak2 ... hehehe...tapi selalunya depa belasah berpinggan-pinggan. saya ada seorang kawan sekolah (lelaki)  muallaf cina berkahwin dgn wanita melayu kelantan, hah skrg ni pun dah pandai makan masakan kelantan u! Orang rumah dia ni pun berniaga nasi kerabu dan seangkatan dgnnya di Ipoh.

Ok tadi tengahari, saya keluar ofis jam 1.00, sampai rumah terus masak bubur jagung (sempat lagi tu sebab tekak ni teringin nak makan sangat2 huhu!)..Lepas makan nasi ayam (yg saya masak pagi tadi) terus saya bedal bubur jagung..mmmm yummy sangat2, puas hati makan hasil air tangan sendiri! Anak ke3, 4 & 5 pun join sekali, makan panas2..tengok gambar bawah..tapiii...terlupa letak sagu....tu lah pelahap sangat nak cepat! sendiri mau ingat ok!



No comments:

Post a Comment