Pages

Wednesday, January 16, 2013

Kellie Castle in Ipoh Perak

Assalamualaikum,

Cuti sekolah December lepas masa pergi ambil abang di UITM Seri Iskandar, kami singgah sekejap kat Kellie Castle ni. Mak ai, udah ler panas, macam kena panggang rasanya. Tapi we enjoyed so much! 

William Kellie Smith bina bangunan ni pada tahun 1909, errr..saya ambil cerita ni dari portal Perak Info. Memang unik bangunan ni. Batu bata bangunan ni dia import dari India! Bangunan ini didirikan dalam estet getah yang dibeli beliau ketika bekerja dengan seorang British seluas 1000 ekar. Ada banyak ruang bilik dalam bangunan ini, bilik simpan arak di bawah (very the seram), bilik tetamu, bilik untuk simpanan cadar/selimut/bantal, bilik smith sendiri, bilik anak perempuan, bilik pantry, bilik untuk maid/cook, juga ada lift yang pertama (kalau siap) in Malaya pada masa tu.

Walaupun saya ni anak jati Perak, tapi ni la pertama kali jejak kaki kat sini, selalu dok dengar cerita kat internet saje kan. Then bila pergi Seri Iskandar memang kena lalu kat sini. So kami bercanda dalam kepanasan.

Payung ada satu je, pandai-pandaila.. 

 Pemandangan dari jambatan

 My other half said pokok ni macam muka beruang banyak dah keluar dalam blog antaranya blog Zulkifli Ismail (pelakon tu la)

 Ini bahagian ruang makan, besarnya masyaAllah!

 saya rasa ini tempat untuk kereta dia lalu, ada round about kecil, dulu2 kereta ford je kan

 Ini laluan rahsia untuk kecemasan which lead to Kuil Hindu yang Smith bina sebelah castle ni

 Some said, pernah nampak roh Smith kat laluan coridor ni! Kalil what are you looking at?

 Budak 2 orang tu mengintai - ini pandangan dari bilik anak perempuan dia.

 Oven zaman 1900an, Canggih gitu!

 Pandangan dari bahagian atas depan. From here boleh intai bilik anak smith yg perempuan.

 Kellie Castle dari bahagian sisi. Ada ruang lift (arch yg sama bentuk dari tingkat atas sampai bawah)

Pemandangan dari bahagian atas ke sungai dan jambatan.

Tiket masuk hanya RM7.00 untuk dewasa. Charge ni kerajaan Perak kenakan untuk maintenance la rasanya. Tapi nak stress kat sini, kalori saya terbakar sangatlah banyak! Saya suka!

That's all for story mory jalan2 this time. Cerita Kellie Castle ini ada dalam buku sejarah Darjah Enam - kalau tak salah Kajian Tempatan kut. Heee kalau salah nanti saya betulkan ye.

No comments:

Post a Comment