Pages

Friday, January 11, 2013

Tamat Sudah Ceritera Adam Dan Hawa


Assalamualaikum,

Saya layan novel Aisya Sofea ni 2 tahun yang lepas, ceritanya memang best. Tapi apabila pihak global station terbitan Kak Ton menerbitkan cerita ni, saya terus teruja nak tengok macamana garapan dalam filem pula, memang bermain dengan emosi dan mimik muka (hey saya pun belajar teater kat itm dulu ye!)

Dua pelakon ni AA & NN dapat menjiwai watak mereka especially NN, setiap frustation yg NN tunjukkan dalam filem tu, jiwa saya amat tersentuh sampai saya pun boleh menangis! For AA, watak Am ada juga menyimpang sikit, dalam novel penekanan Am tak begitu ketara tapi dalam filem A&H ni AA melakonkan watak kelakar pun ada, tak serius sikit (masa berdoa kat jabal rahmah) but overall AA dgn muka hensem tu menaikkan lagi rating filem ni, heeeee..

Picture credit dr syaza dlm FB A&H
Apapun, saya puas hati dengan cerita ni. Adakalanya saya pula rasa watak NN sebagai Ain tu menyerap dalam jiwa saya..fuuiihhh hehe..(meroyan!) But paling terkesan dalam diri saya ialah doa yg mak ain selalu baca dalam setiap kali solatnya untuk melindungi Ain. Saya pun dah jadi terikut baca doa sebegitu dalam solat saya! Semoga anak2 saya sentiasa dalam lindungan Allah Taala..amin.

Tata ceritera adam dan hawa! But never tata to the novel Aisya Sofea ni! Oops bagi sesiapa yang terlepas tengok ceritera ni, boleh tengok kat Blog Ezany Kun. TQ Ezany share the video to us fanatic A&H ni.

No comments:

Post a Comment