Petua Dapat Anak Lelaki Atau Perempuan

Assalamualaikum

Pinjam dari internet - cute sangat!

Firstly, sebelum membaca entry ni kita haruslah berasa amat bersyukur ke hadrat Allah kerana telah dikurniakan pasangan hidup yang baik, yang sudi menerima kita sebagai suami/isteri dengan segala kekurangan yang ada.

Secondly, hanya Allah sahaja yang menentukan segala apa yang dikehendakiNya, kita manusia hanya perlu berusaha dan berdoa untuk mendapat apa yang tebaik untuk diri kita.

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak adalah kurniaan Allah yang teramat berharga dan syukur walaupun ada terdapat sedikit kompilasi namun ianya dapat diatasi dengan sabar dan tenang.

huhu emo la plk tulis entry ni - kacauu :)

20 tahun yang lepas saya pernah menghadiri kursus keibubapaan oleh Dr Fadzilah Kamsah (masa tu belum Datuk lagi). Ada beberapa petua yang diberikan oleh beliau yang rata-rata mendapat komen hangat dari hadirin (hee suka betul diaorang ni ye bab ni)

Dr Fadzilah ada menyebut bahawa lelaki membawa kromosom X & Y manakala wanita hanya mempunyai kromosom X.

XX - akan hasilkan anak perempuan

XY - akan hasilkan anak lelaki

Kromosom X mempunyai jangkahayat yang lebih lama, bergerak lambat, tahan dalam keadaan berasid
Kromosom Y mempunyai jangkahayat yang singkat, bergerak lebih pantas dan lebih kepada keadaan berakali.

So dari sini kita faham jika nak bayi perempuan kita kena makan makanan yang berasid seperti limau, nenas, mangga, cuka. Jangan makan makanan laut. Waktu persetubuhan yang paling baik ialah sebelum penetasan telur isteri.

Untuk dapatkan anak lelaki, jauhkan dari makanan berasid, tetapi lebihkan makanan laut. Waktu sesuai untuk persetubuhan ialah sewaktu hari penetasan telur isteri. (boleh diukur dengan mengambil jangkasuhu badan, jika suhu badan tinggi pada pagi itu maknanya anda sedang dalam keadaan subur)

Larat ke kita nak ukur jangkasuhu, mana nak siap pergi kerja lagi, siapkan sarapan..hehe pandai-pandaila..

Petua arwah mak saya senang sahaja. Bila bersama dengan suami, selepas sahaja waktu ejakulasi, beralihlah badan kita ke kanan (untuk mendapat anak lelaki) atau ke kiri (untuk mendapat anak perempuan). Arwah mendapat petua ini dari seorang perempuan India yang menyapu sampah. Nak kata mujarab petua ini saya tak berani takut kufur pada nikmat yang Allah berikan tetapi hanya berusaha dan berdoa padaNya.

Arwah mak pernah beri petua ini pada beberapa rakan taulan beliau - 2 jiran yang telah mendapat anak lelaki tapi sukar mendapat anak perempuan tetapi akhirnya berjaya dengan kaedah ini. Kawan sekerja saya yang mana beliau telah mempunyai 2 orang anak perempuan, tetapi selepas mencuba petua ini beliau dikurniakan anak ketiganya - lelaki.

Point di sini - adakah kromosom Y suami lebih terarah bergerak ke kanan ovari isteri dan koromosom X suami lebih terarah ke arah kiri ovari isteri. Wallahuaklam!

Yang pasti saya ada seoang kawan yang telah dibuang ovari sebelah kirinya. Sebelum itu beliau mempunyai 2 orang anak perempuan. Selepas tu beliau masih boleh mengandung lagi dengan hanya satu ovari (kanan) dan ternyata anak-anak beliau selepas itu (3orang) semunya lelaki. Betapa Allah nak tunjukkan kuasaNya kan! Subhanallah!

Entry di atas hanya petua orang lama. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya petua itu tidak menjadi pada diri empunya sendiri. Kita bertawakal sahaja yang lain kita serah pada Allah. Biarlah anak itu lelaki atau perempuan kita terima seadanya dan didiklah anak-anak dengan rasa tanggungjawab pada Allah swt.

Justeru untuk peringatan kita bahawa semuanya adalah  kekuasaan Allah semata-mata.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

    “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa  yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul  siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Wallahuaklam...

Comments

  1. Macam menarik kan petua mak awak tu, boleh cuba ni next preggy..hehe..kita ikhtiar n berdoa, tak salah..

    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Cubalah..mana tahu kut berhasil...

    ReplyDelete
  3. Sy pernah try petua ni mmg menjadi..tp smua dgn izin ALLAH

    ReplyDelete
  4. Menarik petua awak nie...sdg berusaha dptkan anak lelaki...3 anak sblm nie smua perempuan...doakan saya yea...insyaallah..
    Vitamins Kitchen/SID891972

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah semoga Allah permudahkan..amiinn...

    ReplyDelete
  6. salam sis.ingin mencuba.tp dah eksiden.tup2 tau dah ngandung.huwaaa.3 3 anak sebelum ni gurl.nak lelaki la plak sebab yg ni dh last.maklumla czer semuanya..ada x petua mak sis bg yg dh eksiden mcm saya ni...hehehehe.tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tereksiden tak tau la nak bg petua apa pulak, takde pulak dengar dari arwah mak hehehe.. tapi berdoalah, doa ibu tiada hijab dgn Allah dan yakin, inshaAllah.

      Delete
    2. hehehe..boleh pulak tereksiden yer..xpe,yg penting kita berusaha,selebihnya serahkn pn allah

      Delete
  7. Sy xingat masa bersama dgn suami ke kiri atau ke kanan...huhu..tp sy dh 3anak lelaki..insyaAllah kalo ada rezeki anak ke4 ni kalo bole nk anak gurl..

    ReplyDelete
  8. Sy xingat masa bersama dgn suami ke kiri atau ke kanan...huhu..tp sy dh 3anak lelaki..insyaAllah kalo ada rezeki anak ke4 ni kalo bole nk anak gurl..

    ReplyDelete
  9. boleh mencuba petua saya dah ada 3 hero mau heroin plak ...doa semoga dipermudahkan ...YA ALLAH amin ...

    ReplyDelete
  10. Petua ni blh try ni tpi sy mcm dh giveup je...ank ptma boy ank kedua dlm prt ni pun boy..sy nk bbygurl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..baru dua orang, yg ketiga mesti girl insyaAllah..

      Delete
  11. menarik.. blh try next pregg.. Kita usaha tp Allah yang tentukan..

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah, mesti usaha dan tawakal

    ReplyDelete
  13. salam. maaf ye,kurang faham. 'beralihlah badan kita ke kanan (untuk mendapat anak lelaki) atau ke kiri (untuk mendapat anak perempuan).' maksud beralih tu, pusingkan badan dlm keadaan baring ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sebelah utara kata beralih tu pusing..:)

      Delete
  14. Anak pertama dan kedua lelaki... kalau ada rezeki lg saya nak anak perempuan pulak. Tapi ovari kiri saya telah dibuang sebelum saya dapat ank2 saya skrg ni... adakah saya berpeluang utk dpt ank perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahuklam, kuasa Allah Ta'ala, ini sebagai petua sahaja, kalau saya lihat di blog Dr Hamid Arshat, orang tak ade ovari kiri dan kanan pun masih boleh mengandung!

      Delete
  15. Mama sy pun pernah bagi petua nie,dan sy dh cuba msa ank first dlu utk dpt ank gurl sy beralih ke kiri,alhdulillah kuasa ALLAH swt ,sy dpt gurl,tp skrg tgh nk cuba lelaki plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita ikhtiar aje, yg lain urusan Allah...

      Delete
  16. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts