Pages

Monday, September 6, 2010

Cuti Aildil Fitri 2010

Lusa 7hb September 2010, selepas solat tarawih (kata ayah dia la), kami bertolak balik ke Pasir Mas. Frankly, kita ni tak la rasa sangat nak beraya, tambahan both parents dah tak ada, kami la jadi orang tua. Anak-anak 2 org nak ambil pereksa satu SPM satu lagi UPSR.

Persiapan raya - untuk anak-anak je la, sampaikan semalam (Ahad) dok pi Selayang Mall lagi carikan si Tisya seluar jeans pulak. Isk..tak abis2 sopin..letih dah kita ni ke hulu ke hilir dok cari baju budak2 ni almaklumlah kita las minit dapat duit "tambahan" dari bos.

Anak bujang kita ni pulak pelik sikit, kalau dia pakai baju jarang sangat nak basuh, peluh masam dok lekat kat baju dia, dari hari sabtu suruh dia masuk, eeii masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tak mo dengar ckap kita ni ha, letih mama dia ni nak berletiaq. Hari ni call dr pejabat pun dia kata belum basuh lagi, ni tengahari dah hujan pulak, lagi la bile le nak kering, esok malam dah nak bertolak, selalu buat keje las minit!

Si Tisya, tak sabar nak gosok baju raya kat KL, kita cakap tak yah la, mama bukan buat apapun kat sana, nanti mama gosok la..sat lagi abih kain tu hangus dibuatnya, tak ke naya!

Kakak pulak degil sungguh nak baca buku, malasnya memang tak bole nak kata laaa...yarabbi dia ingat dia tu princess la..letih sungguh nak nasihat.

Si Kalil & Ahmad cam biasa, main/tengok TV peh tu gaduh2..hmm macam2 karenah anak...

So far semua persiapan raya dah siap, semoga cik abang bawak kereta dengan hati-hati dan selamat pergi Pasir Mas dan balik semula ke KL.

Syarikat suruh cuti wajib 9hb & 13hb, tapi kita ambil extra sampai Hari Malaysia 16 September takut kut ayah dia nak dok lama sikit kat PM..

Ni anak-anak nak pekse besar semuanya...balik awai bole yah?

No comments:

Post a Comment