Tazkirah Jumaat I

Ada yang tak pegi solat jumaat ke lagi tu?..eyy..tunggu apa lagi nie...jam satu tengahari dah ni, cepat la weyy..(ni ha makcik nak kene turun bawah la pulak jaga lobby time cenggini - sat lagi orang masuk jenuh bell bawah ring tak sesapa nak entertain!)

Okay, hari ni saya jadi terajin la nak menge"post" petikan ayat-ayat suci al quran. Bukannya apa tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja. Kalau rasa ia mengena atas batang hidung sendiri, sendiri mau ingatlah ye! Ambil pendekatan "Astaghfirullah"...

Al _Hujaraat ayat 11..

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan jangan lah pula sesuatu puak (dari kaum perempuan) mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Moral of story "Stop Gossiping"

Comments

  1. Firman yang jelas...
    Dan ckLah juga bimbang dengan orang yang sering bercerita tentang hal orang lain kepada kita (hal rumah tangga dan sebagainya). Terfikir dalam hati, adakah dia juga akan bercerita tentang hal kita kepada orang lain ketika kita tak bersamanya...

    Ohhh, untuk rakan sebegini, hai-hai-bye-bye sajalah. ckLah bukan geng yang baik, kalau untuk itu...dalam blog pun, ada yang begitu rupanya. Haih, entah sempat meminta maaf atau tidak.

    Terima kasih Yan...

    ReplyDelete
  2. ckLah...kebanyakannya gitu..semoga Allah lindungi kalam kita hendakNya..
    (rasa insaf untuk diri sendiri - mana yg buruk dari saya juga, mana yang baik dari Allah)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts