Solat Hajat Untuk SPM

Malam tadi kami satu keluarga pergi Masjid Alkhairiyah terletak hanya beberapa meter sahaja dari rumah, ramai juga pelajar/ibubapa/guru2/staff SMKHC/jemaah yang hadir. Tak sempat nak solat maghrib di masjid memandangkan saya sampai rumah dah pukul 6.30, siapkan makan malam untuk anak2, suap makan yang sibongsu, tiba2 azan maghrib berkumandang. Gesa anak2 cepat mandi, yg no3 ya rabbi amik masa sungguh kalau nak bersiap, menahan je mama dia ni.

Sampai di masjid, jemaah tengah mendengar taklimat dari pengerusi majlis untuk acara pada malam tu, bacaan yassin, solat isyak berjemaah dan solat hajat berjemaah - kemudian ada sedikit juadah untuk setiap jemaah - untuk dibawa balik, bukan makan di masjid - (nasi beriyani).

solat kat kawasan terbuka (bahagian belakang)

sebahagian jemaah, sebelah saya yg nampak tangan tu ustazah SMKHC

anak2 yg nak amik SPM/PMR tengah dengar taklimat

Saya (bawa tupperware untuk air yasin)
Semasa, imam membaca doa untuk anak2 memperolehi kejayaan selepas bacaan yassin, saya rasa sayu sangat, anak no2 saya - remaja lelaki - memang menguji kesabaran kami suami isteri menangani setiap permasalahan beliau, tapi kami sedar ini ujian Allah bagi kami supaya kami mendidik anak2 dengan sabar. Semoga anak remaja lelaki kami itu dipermudahkan urusannya dengan izin Allah, diberi pertolongan olehNya supaya tenang menjawab peperiksaan SPM nanti, diberi kesihatan yang baik (tak seperti ketika beliau mengambil PMR - demam panas 3 hari!), seterusnya mendapat keputusan SPM cemerlang supaya dia dapat menjejakkan kaki ke menara gading, mencapai cita-cita beliau dalam bidang yang beliau minati dan memperolehi rezeki yang murah. Hmm banyaknya doa mama ni ye."Aku hanya memohon pertolongan dariMu Ya Allah".

Sekali lagi airmata tertitis tika bangun dari sujud selepas habis solat hajat - no3 berkata pada saya "Semua mak-mak nangis bila bangun sujud, nape mama?". Saya tak berkata apa2, jawapan tak terkeluar dari mulut saya..hanya air mata yang menjawab segalanya! Allah..Engkau Maha Mengetahui!

Comments

Popular Posts