Pages

Friday, September 23, 2011

Pokok Serai Kayu aka Salam (pokok induk)



Ingat lagi last entry pasal pokok salam/serai kayu yang tok abah buat tut untuk saya dulu, so inilah pokok induknya, dah betahun tok abah tanam kat tepi rumah di pasir mas kelantan dan telah banyak kali pokok ni di tebang, tapi ia tumbuh balik, banyak sangat tunas-tunas baru naik kalau tok abah cantas. 

Bila balik beraya ke kampung baru-baru ni sempatlah saya jengah pokok tu semula, hmmm daunnya banyak yang dah matang sebab tak ada sesiapa yang nak ambil pusing pokok-pokok di sekeliling rumah tok abah tu. Rasa rugi sangat kalau pokok ni terbiar nanti. nasib baik pokok saya dah semakin pulih dari serangan kutu warni putih tempohari.

No comments:

Post a Comment