Pages

Friday, September 30, 2011

Tadika Perpaduan Fasa8

Sibongsu (anak manja saya) akan melangkah ke alam pra-persekolahan awal tahun hadapan. Gamaknya macamana karenah yang bongsu ni pulak ye. Semalam waktu solat hajat di masjid saya terjumpa bekas guru tadika anak no4 saya, dan saya beritahu hajat nak menyekolahkan sibongsu di sekolah abangnya dulu.
sibongsu yang tak reti dok diam - mulut beret dgn kitty

Menjerit kecil cikgu tadika tadi.."Eiii cepat la sikit kalau nak daftar..datang esok, ni dah masuk 40 orang, tarikh tutup pertengahan Oktober!". Melompat kejap saya, tak sangka pula secepat tu, saya ingat nak pergi daftar bulan November nanti. Isk-isk-isk..mama dia ni tak cekap lagi bab2 ni ..maybe sebab dah lama beza 6 tahun ataupun aku terleka!

rasa2nya aku ni yg kurang peka hehe...dah terpampang kat pagar tu ha!

Lepas berbincang dengan huby semalam, pagi tadi sempat saya singgah di tadika perpaduan fasa8 untuk pendaftaran. Cikgu kat situ ada 2 orang termasuk la cikgu yang saya jumpa di masjid semalam. Seperti dah tahu hajat saya, cikgu azimah hulurkan borang kosong untuk saya isi. Saya telah dipesan oleh cikgu faridah kena bawa beberapa dokumen penting untuk pendaftaran seperti salinan pendua kad pengenalan huby/saya, surat beranak, my kid, dan slip gaji. Borang diisi dan terus diserahkan pada cikgu. Saya pesan pada cikgu "cikgu, terus confirm ye datar anak saya ni, jangan tidak pulak".

Cikgu-cikgu tadi mengikut pengalaman anak no4 adalah cikgu2 yang rajin, penyayang dan sabar dengan karenah anak2 berusia 5 & 6 tahun. Saya percaya dengan kredibiliti mereka berdua, mereka bukan calang-calang cikgu, selalu pergi berkursus waktu cuti sekolah. Secara tak langsung, mereka sentiasa up to date dengan silibus terkini. Almaklumlah, budak2 sekarang ni lagi maju/cerdik pemikiran mereka.

No comments:

Post a Comment