Pages

Friday, September 23, 2011

TQ TQ..Toceh Toceh

Hihi, tadi tengok stats kat blog i ni ha, then suddenly terjumpala blog makcik-makcik cam saya juga fz menu..

Aloola, kak weyy...mokasih la wat susah-2 jah buh namo yanhamid kat blog kak. Dok la reti nok masok sangat, pun buke blog masok2 tapi meme suko masok wat tok laki ambo nge anok2 yg meme sokmo suko make..hehe..so bilo raso namo ambo dok kat blog kak tu weh..seronok deh..jadi nyo u folo i, i folo u la..mekasih lagi sekali..

Hari ni turn masak nasi kerabu buat santapan seisi rumah, hiris daun2 ulam dari malam tadi lagi, lepas tu goreng ikan penaling celup tepung. Maafla lorat nak gi keje, tak sempat nak amik gambar..Kat ofis suh kawan2 rasa..boleh tahan juga rasanya, kata mereka la! Kawan saya cakap, akak ni dah tak macam orang Perak, dah jadi orang Kelantan la pulak!

Saya banyak refer kat blog2 masak untuk buat nasi kerabu ni, bukan apa nak dapat rasa yang terbaik sebab kuah sambal dia memang cerewet nak buat..tapi  i layan dari blog uia ni untuk menu yg i buat pagi tadi..mohon kopipes ye uia..




Bahan Nasi:
4 cawan beras
Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge
Cara Menyediakan:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.


No comments:

Post a Comment