Pages

Wednesday, October 20, 2010

Pokok Serai Kayu/ Pokok Salam

Pokok Salam aka Serai Kayu



Serangan sejenis kulat
Upload gambar pokok serai kayu dulu ye - cerita nanti sambung esok..lorat nak balik...

Ok update cerita - Ini ialah Pokok Serai Kayu @ Daun Salam, dah lama bela pokok ni, asal dari rumah bapa mertua di pasir mas kelantan, arwah abah buat tut (arwah kerja dengan risda - pegawai pertanian). Tapi yg tak best nye tengok la gambar kat atas tu..ada fungus. Tak tahu apa nama kulat yg serang pokok ni, sayang betul. Ada tak sesiapa tahu cara nak buang bende yg rimaskan ni?

Sayang sangat kat pokok ni, susah nak tanam. Tu hari buat keratan batang, celup dlm akar enhancer, 4 hari naik elok, gamaknya kucing kesayangan yan terlanggar kut, since pokok ni amatlah sensitif, terus layu tunas yg baru naik..sedih nye..

Nampak tak kat gambar yg last sekali tu, tunas baru dah mula naik...cantas 2 minggu yg lepas.. seronok sangat!

No comments:

Post a Comment