Sakit itu Nikmat?

Aku bersyukur kerana aku diberi nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup di dunia ini, tiada penyakit serius di saat umur dah masuk angka 40+.

Tapi cabaran paling perit (selain beranak kelima-lima anak) ialah tahun lepas dalam bulan Jun 2009. Peritnya Allah je yg tahu, MC 5 hari berturut2, kalau nak bangun kene berpaut pada kerusi atau dinding, kalau dah baring lagi payah nak bangun, bila duduk gelunjur, tangan tak boleh nak cecah ibujari kaki.

"SLIP DISC", itu lah akibatnya bila kita ni mak2 memandai2 nak semuanya perfect dlm rumah, mata sakit tengok rumah berselerak/kotor. Nak jadi cerita, toilet rumah kat bawah tersumbat, so maknye pam la toilet tu nak bagi "hampas2 yg dibuang anak2" tu flush terus dlm man hole. 2-3 kali buat tak terasa lagi pinggangku ni, lepas seminggu rasa sakit2 pinggang, lepas tu trus tak leh bangun, Xray kat PUSRAWI, memang tulang belakang tu doc kata bengkok sikit. Doc cucuk ubat tahan sakit, then bagi pil tahan sakit as well. One thing, ubat tahan sakit ni byk side effect nya antaranya buat kita jadi gastrik, dah kene makan ubat tahan gastrik lak. Banyak beno la pulak ubat aku kene telan.

Nak jadi cite, dlm masa sakit tu hari ke tiga, Mak Dina (Opismate) ada pernah pergi buat rawatan kat org ni nama dia en Hassan, dia ni bukan doctor atau tukang urut, cuma seorag dresa "penolong doc"dan pernah melihat camne pakar2 forensik bedah mayat2 dan belajar urat2 yg terdapat dlm badan manusia. En Hassan ni boleh kira tulang belakang (spine) kita ada berapa kiraannya.

Alahai sakitnya..Allah je yg tau masa En Hassan ni mengurut belakang, nak buat canne walaupun bukan mahram, terpaksa aku heret kakak, anak, kakak ipar teman aku masa buat rawatan ni sb takut jadi tohmahan,  huby sibuk berniaga, tak sempat nak temankan. Masa hari pertama aku pergi rumah en hassan ni, badan aku nak jalan pun senget sebelah, hari pertama urut, balik je, badan dah boleh stret, alhamdulillah. Akibat keberkesanan urutan tu, aku ulang pergi 3 hari berselang2.

Alhamdulillah, cuma 3 kali je pergi, sampai sekarang walaupun perit2 sakit pinggang tu masih ada, boleh la tahan, en Hassan kata jgn angkat pasu berat ke atau apa2 bende yg boleh bebankan pinggang aku lg. Dia bgtau kalau lepas ni jadi lg sekali slip disc tu, tak dapat dah dia nak tolong takut kene operate and maybe "lumpuh"..nauzubilah..


Comments

Popular Posts