Pages

Wednesday, August 24, 2011

Lepat Pisang



N3 ni sepatutnya masuk udah lama tapi terperam kat hp je gambonye! hihi mood blogging menurun la tu..

Resipi lepat pisang ni arwah mak ajar, ringkas, ada inti kelapa lagi, tu yg suka..

Bahan-bahan
10 sisir - pisang emas ranum
1 senduk kecil - tepung gandum
1/2 st garam
daun pisang
kelapa parut + garam sikit gaul2 (inti)
pengukus

Caranya
Hancurkan pisang + garam, tambahkan tepung gandum sikit-sikit supaya adunan sebati. Potong daun pisang ikut kesesuaian saiz yg kita nak, ambil adunan yg siap tadi 2 sudu besar, leperkan adunan tu di atas daun pisang tadi, letakkan inti kelapa parut diatas adunan tersebut dan lipat daun pisang supaya kemas, kalau tak masa memasak nanti ia mudah terbuka (cth kat gambo atas tu hihi). Kukus atas pengukus selama 20 minit. Sedap..anak2 berebut makan.

Arwah mak selalu juga guna bahan yg sama untuk buat lempeng pisang. Cuma cara memasak dengan membakar atas kuali leper, lapik dengan daun pisang, tutup dengan penutup periuk supaya mudah masak bahagian atas. Rasa2 hangit tu yg membuka selera bila makan. Nyum3!

No comments:

Post a Comment